Monday, 25 June 2012

Hati selembut kapas


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Final exam dah abis. Waktu untuk balik rumah, tapi cuti seminggu sahaja sebab 2 julai nanti akan kembali ke USIM untuk program LSP. Well, I’m not sure whether I have put enough effort for my final but I can say that I’m doing my best.  Banyak. Sangat banyak dugaan yang dilalui sepanjang minggu-minggu terakhir sebelum final. Diri rasa tak berdaya. Lemah semangat. But I have Allah as my Guardian. And you know when you have Allah in your life,
 you have it all. 

Tak pernah rasa diri ditinggalkan. Dan kekuatan itu lahir dengan sendiri. Hingga saat terakhir berjuang di medan jihad ilmu.  Krisis kekeliruan dengan perubahan diri dan terdesak untuk memacu perubahan secara drastik agak mendera hati dan perasaan. Namun ada insan yang sudi meminjamkan bahu dan menadahkan telinga  memberikan kata-kata semangat. Syukur! 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

 Benar, bukan senang untuk berubah. Tapi lagi sukar jika tidak pernah memulakan langkah. Biar, kata-kata yang menyapa telinga agak memedihkan. Biar, tingkah laku yang menyapa mata agak memilukan. Namun jika diri tekad kerana Allah tiada yang mustahil. 

Sungguh. Aku memerlukan kekuatan itu saat ini. Ianya tidak lahir dengan hanya bersantai di depan kaca televisyen. Ianya tidak datang dengan bahan bacaan yang tidak bermanfaat. Benar. Kekuatan itu dari Allah. Namun, jika kita tidak berusaha mencari kekuatan itu, mana mungkin ianya akan datang sendiri.


Doakan. Doakan atas segalanya.    



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday, 14 June 2012

Di tengah kesibukan mentelaah..


nampak tak sapa yang paling excited uuh? nampak. buat tak tau ja. dia memang macam tu,
nak tahu cerita selanjutnya? tungguuu...

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Saturday, 26 May 2012

Outing #girlfriends

minggu yang sangat memenatkan.. jiwa terdera badan terseksa
lalu kami mengembara keluar dari USIM terchenta ini
menenangkan fikiran untuk seketika
skema giler! 

yana dan liyana :)

deuokbugi.deoukbuki.. ntah macam mana sebut

tahu pong lapar :p

sina dah dapat lesen kereta

eh eh..

ehemm..
doakan final exam kami..

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Sunday, 13 May 2012

Assalamualaikum... kakak!

Assalamualaikum. Selamat malam. Eh pagi!

Ehem2.. *betulkan suara yg sengau sebab selsema

Pagi ni sebenarnya excited. Sebab. nak celebrate birthday bersama ehem-ehem

Nanti story ya. Jangan fitnah-fitnah. Dosa! Walaupun sebenarnya dah terlambat. Banyak hari. Tapi tetap excited. Plus sambut dengan kembar yang baru jumpa. Btw, today is 13 May 2012.

Today ada orang tu dah cukup umur 15 tahun. Coincident, last night tertekan number dia sebab rindu. Hahha..  mesti orang tu tak caya. Tak heran la.. hari ni hari bersejarah dia.


My niece. Yang sulung. Btw, kakak! Memang la mok na mengaku mok na lupa semua tarikh hampa dilahirkan. Sebab korang ramai. *alasan.. bla bla bla.. tapi selagi hampa ingat tarikh lahir hampa, tolongla bagitaw pada hari kejadian. insyaALLAH mok na ingat (pada hari itu saja). hee.. :p

Well, I make a promise with her nak wish panjang-panjang. Tapi sebab semalam busy dengan kerja jadi penat nak menaip kat mesej.

My dear kakak,

Usia bukan penentu segalanya
Tapi usia tanda kita dewasa
Kengkadang some people excited bila ‘birthday’
Tak salah. Tapi itu tanda usia kita makin bertambah.
And you know what?

Itu juga tanda. Kita makin hampir dengannya.
Itu juga tanda ‘hari itu’ makin dekat. Untuk kita bertemunya.
Kalau tak suka mok na cakap macam ni.. sila lempang diri sendiri :p
Harapan mok na sama saja dengan harapan ibu, abah dan yang lain
Harap kakak jadi insan paling berguna untuk agama dan keluarga
Panjang umur dan murah rezeki


“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh baik laki-laki mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun”
Al-Nisaa 124

Get it?   Tak?

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itulah adalah penghuni-penghuni syurga. Mereka kekal didalamnya.
AL-Huud 23

Siti Hajar. Bukan nama sembarangan. Nama yang dipilih kerana terkenangkan  mulianya pekerti bonda Nabi Ismail. Nama yang dipilih kerana terkenangkan tabahnya hidup isteri Nabi Ibrahim. Betapa cekalnya Siti Hajar menjalani hidup dengan menghadapi pelbagai dugaan, begitu juga harapan mok na. betapa bertaqwanya Siti Hajar menerima dugaan dirinya,begitu juga hasrat mok na. biar Siti Hajar ini tidak sesempurna Siti Hajar itu, tapi cukup jika iman dan taqwa menghiasi dirimu. Cukup andai Siti Hajar ini cukup taat kepada ibu dan abah. Cukup sayang pada adik-adikmu. Cukup hormat pada guru dan ilmu. Cukup jika Siti Hajar ini tahu erti perjuangan islam dan membahagiakan hati orang-orang disekelilingnya.cukup jika Siti Hajar ini tahu betapa istimewanya harga diri seorang wanita. Jika dipelihara dan dijaga. ALLAH akan mengangkat martabatmu.

Nasihat ini bukan untuk kakak saja. Tapi mok na juga. Dan semua ‘sayang-sayang’ kita yang lain. Supaya kita bukan sahaja dapat bercinta di sini. Tapi yang lebih penting, adakah kita masih lagi boleh bersama di sana untuk menyambung jalinan cinta yang kita bina hari ini. Harapnya ya. Dan jawapannya bukan di bibir. Tapi pada amalan kita.

Lastly, mok na doakan kejayaan kakak dalam PMR yang akan datang. Kalau tak score bukan Siti Hajar Amir la tu. :P Doakan mok na juga. Btw, mok na dah 20th. dah boleh kaahhh errrkkk wennn. Kidding! Selamat makan kek. Sayang kakak fillah.. rindu kakak fillah jugak.

Pssstt * tak tipu rindu.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.