Assalamualaikum..
Jam 7.00 malam 30 Jun
2012. ketika dalam perjalanan pulang dari menziarah adik bongsu di SBPI
Integrasi Batu Rakit, satu panggilan kuterima. dari akhi Dr Azman. bicaranya
lemah mencari ayah. namun tidak dapat kusampaikan kerana ketika itu belum
sampai ke rumah. musykil. apa yang berlaku. hati berdebar. menjejakkan kaki ke
rumah, telingaku menadah satu berita, pak long yakni abang sulung ayah telah
kembali menemui penciptaNYA. tergamam. Mak mula mengarahkan kami menghubungi
semua ahli kelurga. kalut. reaksinya kalut. bagai tak percaya. mungkin. kami
juga kalut. lebih kalut bila kepulangan ke kampung selama 3 hari berakhir
dengan pemergian pak long.
Allah telah merancang
sebaik-baik perancangan. walaupun pada asalnya cuti semingguku cuma mahu
diluangkan di sini sahaja namun takdir Allah membawa aku pulang dan sempat
untuk ku tatap wajah pak long untuk yang terakhir kalinya. sedih. tiada
perkataan yang mampu diucapkan. lazimnya, setiap kali hari raya, rumahnya akan
kami tuju. belum sempat Ramadhan menjelma, Pak long terlebih dahulu dijemput
menghadapnya. ya. inilah takdirnya. entah esok entah lusa giliran kita.
alfatihah untuk arwah Pak long. baca isi hati akhi Dr Azman DISINI
No comments:
Post a Comment