Assalamualaikum..
Dah baca Quran wahai
anda yang kacak bergaya dan cantik molek?
Dah? Good. Andalah
insan paling hensem dan cute hari ini.
“And thus have we
revealed to you an Arabic Quran, that you may warn the mother city and those
around it, and that you may give warning of the day of gathering together
wherein is no doubt : a party shall be in the garden and (another) party in the
burning fire” Ash-Shura 7
Ayat ini cukup pendek
dan padat tapi mesej yang terkandung di dalamnya cukup berbisa dan menyentakkan
dada. Eh tak ke?
Err ehemm
Post ini ditulis khas
dari saya buat sahabat saya yang telah selamat melangsungkan perkahwinan
8 Julai hari tu. Kelepakk kelepakk keleboom keleboom.
Rasulullah SAW dalam
hadisnya bermaksud “Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan
pukulan gendang dan rebana” Riwayat Ibnu Majah
Jemputannya saya
terima menerusi facebook. Hampir menitis air mata kerana terkejut dan
gembira. Wah, seemosi itukah kamu? Angguk. Jawapannya ya! Jangan ober boleh tak
minah. Eh, tahukah kamu di saat 2 insan telah selamat menikah, maka menangislah
Syaitan kerana telah hilang kesempatan untuk menggoda mereka untuk melakukan
maksiat dan zina. Itu adalah satu kemenangan bagi mereka. Perkahwinan
adalah sesuatu yang luar biasa. Luar biasanya ia bila dilandaskan kepada
syariat Islam.
Saya masih ingat saat
bersamanya ketika zaman Tamhidi. Dialah yang menemani saya melalui
detik-detik kesukaran waktu itu. Kesukaran apa? Biarlah Allah saja yang tahu
kerana takdirnya adalah yang terbaik jika kita redha. Tapi Allah ada
perancangan berbeza, Dia memisahkan kami dan itulah yang terbaik untuk saya
juga. Terngiang ngiang lagi di telinga ini, khabarnya ingin melangsungkan
perkahwinan namun bicara itu tidak saya pandang endah.
Sungguh! Allah itu
Maha Besar. Dia pasti menolong niat suci hambanya yang ingin mendirikan sebuah
mahligai yang jauh dari kemaksiatan dan peluang untuk mendapat redhanya.
Adakah dengan cara kahwin saja akan dapat redha dariNYA? Tidak. Tapi itu adalah
salah satu cara kerana di alam perkahwinan terdapat banyak peluang untuk
kita mengutip banyak pahala. Terutama untuk kita para wanita solehah.
"Dan juga mereka
(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai
Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan
bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. "Al-furqan 74
Setiap orang yang
normal mengimpikan untuk berkahwin dan ada pasangan hidup masing-masing.
Di dalam al-Quran,
kriteria pasangan sudah disebutkan dengan jelas. Yakni ada tiga kriteria utama
selain faktor solehah dan beriman. Disebutkan dengan jelas dalam Surah al-Rum
ayat ke-21, firman Allah
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan
untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu
(suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran)
bagi orang-orang yang berfikir”
Faktor pertama adalah Sakinah ertinya tenteram. Dengan kata lain,
perkahwinan itu menghadirkan rasa aman damai dalam diri keduanya. Saling
bertolak ansur. Saling memahami walau mungkin pasangan itu berbeza pendapat dan
fikiran.
Faktor kedua adalah
Mawaddah. Mawaddah ertinya kelapangan dan kekosongan
hati. Ibnu Abbas r.a. menafsirkan Mawaddah adalah cinta seorang lelaki yakni
seorang yang bergelar suami terhadap isterinya. suatu percintaan yang
mencetuskan rasa tenteram dan tenang dalam hati-hati setiap pasangan yang telah
berkahwin. Kata M.Quraish Shihab, jika mencintai dan mengkehendaki sesama
pasangan sesuatu yang baik dalam hubungan, sesuatu yang boleh menimbulkan
cinta dan kasih pula pada Allah, maknanya Mawaddah telah menghiasi hati.
Malah, ia lebih dari
sekadar cinta malah melengkapi antara satu sama lain.. Kelebihan pasangan
menutup kelemahan pasangan. Malah, dari Mawaddah jugalah terhasilnya Sakinah pada pandangan M.Quraish Shihab.
Inilah hikmah sebuah perkahwinan. Pasangan yang dibina bersama rasa Mawaddah dan Sakinah menjadi hiburan hikmah untuk sesuatu
perkahwinan. Suamilah penghibur, isterilah penenang dan saling bergiliran watak
antara keduanya
Ketiga, faktor Rahmah. Ibnu Abbas
menafsirkan al-Rahmah sebagai kasih sayang suami terhadap
isterinya, yakni ketika isterinya ditimpa kesusahan, keburukan dan kesukaran.
Namun difahami di sini, al-Rahmah bukan rasa simpati, tetapi tercetus
dari kelembutan hati yang paling dalam, rasa yang terus-menerus ada dalam hati
terhadap pasangan lawannya, kehalusan budi pekerti dan kemuliaan tingkah laku.
Maknanya, Rahmah adalah rasa yang tumbuh untuk melayan
suami atau isteri dengan sebaik-baik layanan. Kesemua rasa itu ikhlas lahir
dari hati sanubari.
Berkahwin kerana cinta?
Masa yang beredar
menyebabkan cinta juga pudar dan layu. Cinta juga menjadi tua. Inilah kerana
tidak ada faktor al-Rahmah. Cinta atas dasar batang tubuh cinta semata-mata
akan memudar dan terus melayu. Tetapi cinta atas dasar cintakan Allah lalu cintakan
pasangan, akan terus menerus bersambungan dan menjadi lebih kukuh hingga ke
akhir hayat. Inilah cinta
al-Rahmah. Bukan cinta biasa. Cinta yang damai, tenang dan tenteram
tidak mampu diraih dengan level cinta biasa-biasa. Itu cinta high
class.
Takkan rasa nak kahwin
terus kahwin tak payah kenal-kenal dulu?
Erk . jawapannya Islam
itu mudah. Jangan ingat Islam menyekat semua keinginan kita. Fitrah ingin
berkahwin pun hadirnya dari Allah. Jadi tidak salah untuk kenal dengan pasangan
kita itu. Kalau tak kenal macam mana nak kahwin, entah-entah dia perompak
bersiri. Aiyook. Tapi niatnya harus untuk berkahwin. Dan disegerakan. Janganlah
pulak berkenalan sampai 6-7 tahun. Itu bukan proses taaruf dah tu. Kenal dan
tak boleh rasa cinta? Eh, tipulah kalau rasa cinta tu tak hadir. Ingat kenal
dengan batang kayu ke apa. sebab itu segerakan urusan pernikahan. Jangan
nak declare I lab you, you lab I sebelum itu. Jangan letak tanda nama you
‘bf’ I. I ‘gf’ you. Ehemm ‘gf’ disini bukan bermaksud girafah.
Caranya datang ke
rumah keluarga orang yang anda berkenan dan jumpa walinya. Cerita dan
minta izin untuk ikat anak daranya. Tak payah main cop-cop dengan si dia,
bagi cincin berlian segala bagai. Cop terus dari walinya dan ikat janji dengan
ayahnya. Senang ke susah, takut dengan ayah dia? Eh awak berani main-main
dengan anak dara orang tak takut Allah kah.
Habis, contact dengan
dia macam mana pulak?
Untuk urusan
pernikahan tiada masalah. Kata Fatimah syarha, bincang keadaan selepas kahwin
juga tiada masalah.komunikasi itu penting antara keduanya. Syaratnya, kamu
sudah mahu melangkah ke alam pernikahan. kalau tak tahu kahwinnya bila tak
payah cakaplah. Bagi saya, erm urm ketuk kepala dulu. Dussh.. setkan
dalam minda nak cakap puas-puas lepas kahwin. Bebas dari godaan syaitan dan
berpahala. Eyyeww.
Macam mana cinta
sebelum kahwin yang terbaik?
Cinta yang apabila
kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita
kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin
rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada
Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat
dia, ingat DIA. Tapi lebih ingat DIA dari dia.
Bila kita kata
"cinta ini kerana Allah", maka memang patut cinta kepada Allah kita
tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah
jatuh cinta padamu" yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan
kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mula hanya nampak dia, dan kita akhirnya
lupakan DIA.
Yakinlah kamu dan kamu
bahawa hati yang beragama akan melahirkan wajah yang beragama dan ianya juga
akan memancarkan sinar agama. Berkahwinlah
kamu untuk mendapat redhaNya. Berkahwinlah kamu tanpa menempuh jalan-jalan yang
penuh dosa dan noda. Berkahwinlah kamu untuk melahirkan zuriat-zuriat yang
soleh dan solehah bakal penyambung perjuangan agama. Berkahwinlah kerana rasa
cinta kamu kepada syariat Allah.
Suka quote ni “JODOHMU
ADA DI TAHAJUDMU”
Ya. Sesiapa yang
malamnya diisi dengan bercumbu rayu dengan Allah, pasti Allah akan hadirkan
pasangan untuknya sebegitu jua. bersangka baiklah dengan Allah. Semoga “kita”
juga begitu. :)
“Wanita-wanita
yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji
diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan
bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik
pula” An Nur 26
till then, wassalam~~
No comments:
Post a Comment