Saturday, 7 July 2012

Resepi Kek batik express : pengubat kesunyian

 Assalamualaikum..

Bangun pagi tadi melilau-lilau apa nak buat di pagi hujung minggu. Biasanya bangun pagi, kemas rumah etc.. tapi bila di KL dah tak tahu aktiviti apa nak buat except jaga 3 hero Malaya. Dan disebabkan masih berbaki ELSP yang perlu dihadiri 9-12 Julai nanti, jadi masih tak boleh gedik-gedik nak balik kampung halaman lagi. Lalu tangan rasa gatal nak sepahkan dapur. nak masak tapi malas.  Benda paling senang, simple nak buat dan kos yang mudah adalah …… tarrraa.. kek batik express. Sesungguhnya kek batik adalah benda yang paling senang nak buat hatta di tengah kesibukan melayan anak sekalipun.  Bagi yang malas nak ke dapur tapi masih ada rasa nak memasak inilah penyelesaiannya. macam I lah kan. Ahha

 jadi disebabkan namanya express mestilah bahan-bahannya pun tak ada lagi. huaarrgh. betullah malas kuasa dua. kena ke kedai pulak. disebabkan kemalasan berganda-ganda, tak sampai 10 minit dah siap beli. main pilih dan campak duit saja. eh tak sopan. pilih dan bayar then balik. apa kebenda yang aku beli tak sampai 10 minit tuh? cis. 

biskut marie, kacang dan butter
coklat
instead of guna milo, cik kak itteww suruh guna coklat ni. sama saja. sebenarnya, nak merealisasikan kek batik ni dia ada macam-macam versi. ada yang tambah telur. maybe nak bagi melekit sikit. kita guna cara senang, tak payah letak. you kan tau I malas nak pikir panjang. 

kacang yang digoreng dan ditumbuk
walaupun I malas, tapi demi nak menjamin kelazatan kek batik express ni, I prefer untuk menumbuk kacang tanah ni dengan lesung batu instead of guna blender. sebabnya tak nak kasi kacang tu hancur dan nak bagi dia rasa crunchy. haa.. nampak tak usaha tangga kejayaan di situ.

susu, butter, coklat dan kacang
ambik periuk atau kuali, ikut suka bak hang lah. masukkan butter. ikut sukarasa. eh jangan, biar berpadanan lah dengan apa yang dibuat. nanti pening padan muka. masukkan susu dan milo. gaul dan kacau ia sekuat tenagamu yang ada. then masukkan kacang. jadilah macam kat atas tu. *macam tak sedap je*

rupanya bila dah gaul
langkah seterusnya masukkan ajelah biskut marie ke dalam hasil campuran kat atas tadi tu and make sure tak ada biskut yang tak kena adunan tu, nanti dia merajuk. haa.. time buat ni, ketensianku melimpah-limpah sebabnya selang 2,3 minit ada je yang hulur pinggan nak ratah biskut marieku yang bersalut coklat yang enak itu. nasib baik anaknya bukan mamanya. jadi masa ni lah nak aplikasikan sabar itu separuh daripada iman pun. huh.

tabur lagi kacang atas tu
kalau tengok ni macam kek kacang aje. haha. ikut suka la. step seterusnya nak kena bagitau jugak ke, alah penyek aje biskut tadi. kasi mampat dan sendat sikit. nak guna sudu boleh, guna tangan pun boleh. jangan pakai kaki. tak ada orang nak masuk meminang. baki campuran adunan tadi tu bolehla sapu kat bahagian atas. nak kasi cantik sikit lah. dah siap step ni, simpan dalam peti. basuh tangan ambil bantal tidur. hahha

 orang kata tunggulah 4 jam ke sebelum boleh potong. maknanya, engko boleh tidur 4 jam lamanya. so dah penat buka tutup peti ais selama 4 jam tu maka..


kek batik express
macam sedap ke macam tak sedap?
jadi, kesimpulannya waktu hujung minggu telah berjaya dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah yakni makan. huuhaa ini kali pertama buat kek batik after 2 years I guess. Allah. malunya. last buat during tamhidi. kumpul tengah balairong asrama then pakat penyek si biskut marie. itupun bukan buat semata-mata nak makan tapi nak attend gathering usrah ramai-ramai so kena bawa makanan. leceh nak buat sandwich, kek batik lah pilihannya. tapi kali ni buat sensorang. next : puding roti. tulun ajar please!


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: