Mengenang
As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin 1938- 2004
Syeikh
Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal
di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di
sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi
Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.
Membesar
sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat
disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan
seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau
telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah
yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya. Keadaannya yang
lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam
bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah
melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di
universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau
telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana
penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat
lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa
sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh
semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk
memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.
Kepulangannya
ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam
sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang
singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan
khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza
pada tahun 1967.
Selain
daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa
Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik
anak ? anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha
tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah
berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan
anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan
sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin
yang diberikan nama Mujamma al-Islam.
Usahanya
tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih
memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan
Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai
Al-Mujahidun Al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan
Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka.
Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha
mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan
penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.
Pada
tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di
Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas
tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel.
Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera
Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara
pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani
hukuman penjara selama 11 bulan.
Melihatkan
kepada keadaan Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan
bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin
bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam
pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang
dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru
penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan
pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli
pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang- orang muda
yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan
batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak
yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ?Intifadah?. Kesan dari
Intifadah ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-
tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.
Sebagai
natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya
dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada
18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah
dipenajarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh
gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando
Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah
menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas
sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh,
menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.
Kesan
dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali
kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya
dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah
pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang
tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan juga hidapan
pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa
pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
Pada
13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah
berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan
dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut
dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang
sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak
permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya
ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera
Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan
juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian
tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.
Pada
1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan
dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan
Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis
ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS,
Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik
tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh
mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.
Sejurus
pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin
agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin
dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan
tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel
Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi
Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun
berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim
Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam
50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari
tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagai usaha dilakukan oleh
pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang
Bandar-Bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembok pemisah, membunuh
pejuang Palestin dan pemimpin mereka.
Hasil
dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya
menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang,
helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah,
Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas
dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bilamana
sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan
rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan
ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz
Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di
dalam perjalanan.
Namun,
pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin
ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh
secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh
itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk
anaknya.
Ayuh
kita ambil semangat Syeikh Ahmad Yassin! Janakan dalam diri setiap dari kita!
kopi pasta : facebook
No comments:
Post a Comment