Saturday 23 March 2013

Perginya seorang ulama As Syahid Syeikh Ramadhan Al Buti



AL-FATIHAH

Dunia islam dikejutkan dengan kehilangan seorang ulama sunnah yang besar. Menurut laporan, beliau telah dibom bersama pengikutnya namun melihat kepada gambar di tempat kejadian, timbul ragu-ragu di hati khalayak kerana Masjid Iman tidak kelihatan seperti di bom. 


Menurut Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya " "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku" 

Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran) . 

Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa hari lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Sebelum ini beliau mengambil pendirian untuk berdiam diri. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid. Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada. al-fatihah.. Semoga rohnya bersama para syuhada', orang2 yang soleh dan para nabi.. 

Dan kedua-dua pihak saling tidak mengaku bersalah mengenai hal tersebut. Sungguh sedih. Namun doaku Ya Allah, kau hancurkanlah rejim Basyar Arshad. Menangkanlah agamaMU ini. Berikanlah kekuatan buat para mujahid di sana. Berilah kemenangan kepada Islam.. Kami hanya ada KAU untuk membantu Ya Allah..

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: