Ingatkah
anda terhadap peristiwa pembunuhan Muhammad Durrah yang berusia 2 tahun yang
berlaku di Palestin pada tahun 2000 dahulu. (gambar)
Muhammad Durrah
dibunuh oleh tentera Israel disaat dia keluar bersama-sama bapanya dan dalam
perjalanan pulang, kedua-dua mereka ditembak bertalu-talu oleh tentera Zionis
hingga mati walaupun ayahnya telah merayu-rayu kepada tentera untuk tidak terus
menembak kerana bersamanya terdapat anaknya yang berusia 2 tahun. Kejadian itu
berlaku 12 tahun yang lalu di Palestin.
Kejadian tersebut berulang kembali Sabtu lalu tetapi kali ini di wilayah
Dar'a,Syria. Ia berlaku kepada seorang kanak-kanak, Fida' Mohamed Dhiya' ketika
dia bersama-sama bapanya mengiringi jenazah mereka yang syahid Sabtu lalu.
Ketika
perjalanan ke kawasan perkuburan, mereka diserang oleh tentera rejim Basyar dan
bapa Dhiya' mengalami kecederaan. Sekalipun bapa Dhiya' bersama-sama penduduk
lain cuba merayu dan menjerit meminta supaya tentera menghentikan tembakan,
semua itu tidak dihiraukan oleh tentera rejim hingga Dhiya' menghembuskan
nafasnya yang terakhir di pangkuan bapanya.
Apakah perbezaan antara tentera rejim Syria dengan tentera Israel?
Apakah perbezaan antara tentera rejim Syria dengan tentera Israel?
Baasyar!!!
Sungguh kau tidak selamat di dunia malah juga di akhirat !! moga ALLAH beri
kamu petunjuk dan hidayah!! ,Buat saudara ku di Syria.. Doaku sentiasa bersama
kalian..