Monday 2 December 2013

Malaysia hari ini : mana hilangnya perikemanusiaan


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

Mata yang menyaksikan tidak dapat menahan sebak yang bertandang. Telinga yang mendengar tidak dapat membendung kecamuk amarah. Wahai dunia mengapa sebegini rupa lakunya. Mana perikemanusiaan dikalangan kita. Sungguh. Mata berkaca tangan tak berdaya untuk mencoret      apa-apa. Namun perlu digagahkan kudrat dan perasaan yang bersisa demi sebuah kesedaran bersama. Mutakhir ini, acapkali di corong corong radio, di kaca kaca televisyen malah di muka muka akhbar berita tentang kes tembak bunuh rogol dan sebagainya. 

Terbaru, 3 beradik ditemui mati dalam keadaan tak terduga setelah dirogol. Maaf menyebut. Dunia sudah semakin hilang kewarasan. Dunia yang kita hidup hari ini bukan lagi seperti yang kita impikan. Tenang damai dan aman. Dunia hari ini dihuni oleh manusia manusia yang tak terjangka sifatnya. Kes anak luar nikah  yang tidak pernah berkurang saban tahun. Kes penderaan ibu ayah terhadap anak anak mereka. Malah semakin bertambah kes kes rogol yang menyayat hati. Murahnya harga diri wanita di mata mereka. Hancur luluh hati si ibu menerima hakikat yang terlalu perit untuk diterima. 

Tidak dapat tidak berkaca juga air mata mendengar berita berita ini. Ini zaman kita. Begini keadaannya. Sakit. Sakitnya dunia hari ini. 

Jika mahu dirungkai kepada segala persoalan ini, ia akan berbalik kepada permulaan. Keluarga. Ya. Keluargalah tunjang segalanya. Ada yang tersasar di tengah jalanan, namun jika ada keluarga yang menarik tangan itu kembali, tidak mustahil mereka akan tersedar. Tidak dapat dinafikan, institusi keluarga memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam pembentukan diri seorang remaja.

Maka peranan ini bermula setiap dari kita. Jika ibu ayah kita tidak berupaya untuk membimbing adik adik kita, maka kitalah yang berperanan besar mengubah ahli keluarga kita. Yang menjadi pemerhati tingkah laku mereka. Yang menjadi penasihat kepada mereka. Yang menjadi penyelamat saat mereka tersungkur. Ya. Inilah tugas kita jika ibu ayah kita sudah tidak berupaya untuk membimbing adik adik kita.

Namun untuk berjaya membentuk ibu ayah yang hebat saat mendidik anak-anaknya, ianya juga bermula dari kita. Bermula dari diri kita. Bagaimana kita membentuk peribadi muslim yang berjaya lantas mengahwini seorang lelaki yang juga hebat peribadinya untuk membentuk sebuah baitul muslim. Subhanallah. Bilakah masanya kita akan melihat dunia ini dipenuhi dengan baitul muslim. Indahnya anganku.  Sesungguhnya dunia ini akan aman sekiranya setiap dari kita berusaha untuk membina ciri ciri individu muslim yang dicari. Sekiranya semua orang sedar akan hakikat tenangnya diri jika dekat kepadaNYA maka apakah akan ada lagi permasalah ini. Benar. ia tidak semudah yang disangka.

Dunia mutakhir ini adalah dunia yang penuh kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Dunia yang penuh tipu daya dan tohmahan. Begitu pula sebaknya  diri membaca berita yang terjadi di Malaysia yang dikatakan aman damai oleh sesetengah pihak. Apa makna aman itu hanya jika tanpa perang? Sungguh. Bila agama  Islam diletak di tapak kaki. Beginilah akibatnya. Bila manusia semua meletakkan kepentingan dunia lebih dari mengejar ganjaran hari akhirat maka patutlah kita akan melihat kesan kesan yang telah berlaku hari ini. 

Kuatlah mereka. Kuatlah ibu ibu yang kehilangan puteri mereka itu. Kuatlah wahai seluruh manusia yang bencikan kekejaman. Kuatlah semuanya. Aku hanya mampu mengirim doa dari kejauhan agar rahmat dan restu Allah sentiasa mengiringi kalian yang ditimpa musibah. 

Ya Allah, bagaimana zaman anak anak ku nanti. Bagaimana anak anak ku ini ingin menempuh dunia penuh pancaroba ini. Selamat atau tewaskah mereka. Ya Rabbi, lindungi anak-anakku ini dari segala muslihat dan tipu daya dunia. Masihkah bernyawa aku untuk menjaga dan melihat mereka membesar dengan penuh jati diri dan berakhlak mulia. Masih kah ada sisa hidup ku untuk melihat mereka menjadi manusia harapan agama. Kerap aku berfikir, mungkinkah aku akan menghabiskan sisa hidup ini dengan melihat mereka membesar dengan sebaiknya. Oh Tuhan *usap dada* 

Duhai anak anak ku yang masih mentah menilai dunia, ingatlah pesan daku seorang ibu yang hanya berpangkat moknaa. Hanya Tuhan tahu betapa moknaa mahu melihat kalian membesar menjadi si soleh dan solehah. Dan moknaa akan ada untuk kalian, selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa untuk moknaa melihat kalian membesar. Maka membesarlah mengikut aturan yang di tetapkan syariat. Pasti selamat hidupmu anak. Jika lelah tersungkur di dunia ini dan tiada yang menerimamu, datanglah padaku. 

Moknaa ada. Selamanya.

Wassalam.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Sunday 24 November 2013

Alhamdulillah for Everythings | Life Update

Assalamualaikum..

Niat di hati cuma nak buat quick update di blog yang usang ini. Sumpah. Dari haritu lagi nak update blog tapi tak kesampaian dek kerana perasaan yang sungguh pelik menyinggah. Perasaan malas. haha  there is too many things happen in my life sehari dua ni. And all this things are a great things. Maybe some are not but nevermind. 

hows life? Mine are great. Just in some cases, I am a little bit depressed. Almaklumlah, nak masuk minggu ke 11 or 12 semester ni memang waktu paling kemuncak untuk kami dapat migrain. Kena submit report, pergi interview sana sini, presentation lagi dan kelas dan assignment dan blabla so many things that I had to handle. But well releks sajo hidup kami. Biarpun ni minggu minggu yang kena submit semua benda because of final is around the corner, tapi menyempat lagilah  tengok runningman sebab nak usha kwangsoo oh GOD.

so what are the great things happen?

Alhamdulillah. 18 october yang lalu, my sister selamat melahirkan zuriat seorang bayi lelaki yang sungguh macam comel je :p and a few days later my sister in law give us another present. Baby girl pulak kali ni. Well we are waiting for the last turn in disember yeah not so many days left. Sukalah tokwan dan tokayah dapat 3 cucu tahun ni. Ofcourse me too heehe. Alhamdulillah bertambah besar dan meriah dan kecoh la keluarga Pakcik Ibrahim ni. But to describe the feeling is too weird. Like I have my own baby. Last midsem break I decide to stay here and not going back to hometown. Jaga orang berpantanglah konon. Hari hari kerja duk peluk duk cium duk tepuk dan lepas kena balik uni, I almost cried. Yes I do. Rindu giler. Sampai rasa what happen to me oh Tuhan :( mungkin sebab dah lama tak jaga baby kecik. Alhamdulillah having a family beside me is one of the way to heal my pain. 

Bertambah ramai anak anak disisi bukan bermakna kasih sayang sudah terbelah bahagi lagi untuk setiap satunya, namun sejauh mana diri ini mampu untuk menjadi yang bermakna buat mereka. Sehingga mereka merasakan kehadiran aku adalah antara yang terpenting dari sejak mereka baru belajar bertatih dan melangkah sehingga faham segalanya. 

Selain daripada family, study, usrah, seminar situ sini takda menda lain dah yang aku buat setakat ni. Alhamdulillah untuk yang nak tahu sangat status diri, jangan risau aku baik baik saja di sini. Take care yourself there. Let me see your smile when we meet later. :)

So dear readers, have a great time with your family and treat them nicely. Just keep praying dan bersangka baik dengan Allah untuk segalanya.

Till then, wassalam

 *wink*  





currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 4 November 2013

Que Sera Sera lyrics - Doris Day



When I was just a little girl
I asked my mother, "What will I be?
Will I be pretty, will I be rich?
Here's what she said to me

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que Sera, Sera

What will be, will be
When I grew up, I fell in love
I asked my sweetheart, "What lies ahead?
Will we have rainbows, day after day?
Here's what my sweetheart said

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be

Now I have children of my own
They ask their mother, "What will I be
Will I be handsome, will I be rich?
I tell them tenderly
Que Sera, Sera
Whatever will be, will be

The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be

<3


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 28 October 2013

Bercinta biar sampai syurga



Assalamualaikum..

Berbicara perihal cinta, manusia tidak akan lari dari rasa gembira. Fitrah ! Allah jadikan manusia punya rasa untuk dicintai dan mencintai. Inilah antara nikmat terindah buat manusia yang punya rasa untuk mencinta. Begitu sunyi dan sepi hidup seorang hamba yang tiada di hatinya perasaan untuk mencintai orang lain.  

Namun anugerah dan nikmat yang Allah kurniakan buat kita dalam mencintai manusia lain selain diri sudah dianggap serong oleh sesetengah pihak. Mungkin bahasa ini sukar difahami. Mungkin ! namun ramai di antara kita yang tidak sebetulnya memanfaatkan nikmat itu untuk kebaikan diri mereka sendiri. Sebaliknya, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi cinta yang dianggapnya sejati. Mengorbankan kemuliaan diri malah sanggup membuang jauh keluarga adalah perkara normal yang terjadi pada abad ini. Adakah perihal cinta sebegitu besar impaknya dalam hidup manusia sehingga sanggup mengorbankan manfaat masa depan yang lebih berguna.

Kenapa isu ini yang dipilih untuk dibincang di laman ini sedangkan diri s agak kaku dan tidak berperasaan apabila diungkap perihal cinta. Jawapannya adalah apabila melihat terlalu ramai adik adik, sahabat sahabat, dan mereka diluar sana yang terlalu mengagungkan cinta sebagai yang utama dan pertama.

Bukan perkara pelik bila memerhati status status yang diupdate melafazkan kesunyian serta kesedihan akibat putus cinta atau kecewa dalam perhubungan. Dan bukan juga perkara aneh bila menjadi saksi dua hati melafazkan rasa cinta tanpa rasa malu dan segan di khalayak ramai. Hakikatnya perkara ini terjadi apabila manusia kesunyian dan ingin mendapatkan perhatian daripda pihak lain dan mengabaikan seluruh perhatian yang Allah sentiasa berikan terhadap diri tanpa sedar. 

Persoalannya, kenapa mengagungkan cinta?

Tambahan yang menyesakkan dada apabila melihat golongan ustaz/ustazah atau golongan bertudung labuh dan berkopiah yang juga berperilaku sedemikian. Maaf atas ayat di atas. Maka apabila diri menyaksikan mereka juga demikian rupanya, maka timbul dalam diri. Di mana silap dan salahnya. Bukan sedikit kita yang mengarang warkah cinta buat bakal imamku atau buat bakal makmunku. Malah bukan ringkas juga warkah yang ditulis. Diri berfikir, apakah itu medan yang sebenar dalam mendefinisikan cinta. Untuk siapa warkah itu ditulis dan untuk dimengertikan tentang apa. Tanggungjawab selepas berkahwin? Atau tugas untuk mencintai antara satu sama lain? Atau menerangkan diri yang soleh tidak layak untukmu si solehah?  Matlamatnya apa. Sungguh sesak fenomena yang melanda. Wahai! Apa jiwa kita juga kosong sepertimana mereka yang lainnya.
  
Sebelum lebih jauh kita memahami cinta, faham dahulu erti cinta. Bagi diri, cinta akan membawa kita hanya ke syurga. Dan apabila apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta malah malapetaka. Dan sekiranya hidup kita diluangkan untuk bersama si dia sebelum akad yang menghalalkan perhubungan, maka apakah itu dinamakan membawa ke syurga. Sekiranya kita menghabiskan masa keluar berdating, bercinta, bersms dan lain lainnya, maka adakah matlamat kita juga syurga.  

Pertama, faham matlamat kita adalah ke syurga. Maka perbuatan kita hanya menjuruskan ke arah itu. Bila matlamat ke syurga, ianya hanya Allah. Melakukan perbuatan yang diredhai Allah maka itu merupakan pelaksanaan untuk kita ke syurga. Meninggalkan maksiat mata, hati dan zina adalah salah satu daripada perkara yang diredhai Allah. Kita tinggalkan kerana tahu Allah benci maksiat. Malah lebih pentingnya, mendahulukan Allah dalam apa jua perkara yang kita lakukan. 

Pentingnya, tidak perlu untuk kita terlalu berisyarat atau memberi hint atau kias kias manja atau apa sahaja sekiranya yakin itu akan membawa fitnah dan memudaratkan diri. Yang merancang itu Allah. Perancangan DIA adalah yang paling tidak di jangka dalam hidup kita. DIA tahu apa yang terbaik dan biar DIA yang mengaturkan arah dan langkah diri kita dalam mencari cinta. Fahami langkah yang betul dan berjalanlah dalam mencari si dia yang dicintai juga semata kerana Allah. Bukanlah kita dilarang untuk mencari pasangan namun supaya kita dilihat tidak berlebih lebih dengan tidak mengutamakan Allah dalam proses pencarian itu. Untuk membina rumah tangga [baitul muslim] adalah wajib untuk kita membentuk peribadi diri soleh dan solehah [ individu muslim] kerana matlamat kita mahu melihat seluruh dunia dikuasai individu individu yang hebat peribadi muslimnya. 

Apakah tindakan kita membantu untuk membentuk dunia islam yang berdaulat [ ustaziatul alam] suatu hari nanti. Maka muliakanlah cinta dan letakkanlah ia ditempat yang sepatutnya. Bersabarlah sekiranya masa itu belum tiba dan bukannya mengambil keputusan meluahkannya di mana mana. Allah tahu maka mengadulah. Sekiranya tidak dibukakan jalan untuk bersama dengan si dia secara halal, maka pohonlah dari NYA untuk dipermudahkan jalan. Sekiranya jauh lagi masa yang diimpikan untuk bernikah, maka jauhkan diri daripada MEMBUAT JANJI dengan si dia supaya kelak apa sahaja yang berlaku, tidaklah ada perasaan dendam dan sebagainya sekiranya kecundang di tengah jalan. Dan sekiranya sudah dibukakan jalan ke arah itu maka berdoalah supaya Allah sentiasa memelihara cinta kita supaya sentiasa mendapat redha NYA dan membawa kita ke syurga.   

Semoga mata mata yang membaca dilembutkan hatinya dan menerima cinta Allah yang lebih utama untuk membawa kita ke syurga. Dan semoga setiap dari kita menemui si dia yang dihadiahkan Allah untuk sama sama berpimpin tangan ke syurga  dengan mengikuti syariat dan panduan yang digariskan dalam Islam. Allah berahsia tentang dia kepunyaan kita bersebab maka binalah peribadi muslim dengan bersungguh sungguh dahulu. Masa itu akan tiba juga namun akhirat itu yang lebih utama. Nikah dan kahwin boleh dirancang namun mati itu bila bila masa sahaja. Maka sedarlah dan janganlah lagi kita leka dengan cinta dunia yang maha memabukkan sekiranya tidak dipandu dengan syariat Islam. 

wassalam. 



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.