Monday 2 December 2013

Malaysia hari ini : mana hilangnya perikemanusiaan


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

Mata yang menyaksikan tidak dapat menahan sebak yang bertandang. Telinga yang mendengar tidak dapat membendung kecamuk amarah. Wahai dunia mengapa sebegini rupa lakunya. Mana perikemanusiaan dikalangan kita. Sungguh. Mata berkaca tangan tak berdaya untuk mencoret      apa-apa. Namun perlu digagahkan kudrat dan perasaan yang bersisa demi sebuah kesedaran bersama. Mutakhir ini, acapkali di corong corong radio, di kaca kaca televisyen malah di muka muka akhbar berita tentang kes tembak bunuh rogol dan sebagainya. 

Terbaru, 3 beradik ditemui mati dalam keadaan tak terduga setelah dirogol. Maaf menyebut. Dunia sudah semakin hilang kewarasan. Dunia yang kita hidup hari ini bukan lagi seperti yang kita impikan. Tenang damai dan aman. Dunia hari ini dihuni oleh manusia manusia yang tak terjangka sifatnya. Kes anak luar nikah  yang tidak pernah berkurang saban tahun. Kes penderaan ibu ayah terhadap anak anak mereka. Malah semakin bertambah kes kes rogol yang menyayat hati. Murahnya harga diri wanita di mata mereka. Hancur luluh hati si ibu menerima hakikat yang terlalu perit untuk diterima. 

Tidak dapat tidak berkaca juga air mata mendengar berita berita ini. Ini zaman kita. Begini keadaannya. Sakit. Sakitnya dunia hari ini. 

Jika mahu dirungkai kepada segala persoalan ini, ia akan berbalik kepada permulaan. Keluarga. Ya. Keluargalah tunjang segalanya. Ada yang tersasar di tengah jalanan, namun jika ada keluarga yang menarik tangan itu kembali, tidak mustahil mereka akan tersedar. Tidak dapat dinafikan, institusi keluarga memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam pembentukan diri seorang remaja.

Maka peranan ini bermula setiap dari kita. Jika ibu ayah kita tidak berupaya untuk membimbing adik adik kita, maka kitalah yang berperanan besar mengubah ahli keluarga kita. Yang menjadi pemerhati tingkah laku mereka. Yang menjadi penasihat kepada mereka. Yang menjadi penyelamat saat mereka tersungkur. Ya. Inilah tugas kita jika ibu ayah kita sudah tidak berupaya untuk membimbing adik adik kita.

Namun untuk berjaya membentuk ibu ayah yang hebat saat mendidik anak-anaknya, ianya juga bermula dari kita. Bermula dari diri kita. Bagaimana kita membentuk peribadi muslim yang berjaya lantas mengahwini seorang lelaki yang juga hebat peribadinya untuk membentuk sebuah baitul muslim. Subhanallah. Bilakah masanya kita akan melihat dunia ini dipenuhi dengan baitul muslim. Indahnya anganku.  Sesungguhnya dunia ini akan aman sekiranya setiap dari kita berusaha untuk membina ciri ciri individu muslim yang dicari. Sekiranya semua orang sedar akan hakikat tenangnya diri jika dekat kepadaNYA maka apakah akan ada lagi permasalah ini. Benar. ia tidak semudah yang disangka.

Dunia mutakhir ini adalah dunia yang penuh kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Dunia yang penuh tipu daya dan tohmahan. Begitu pula sebaknya  diri membaca berita yang terjadi di Malaysia yang dikatakan aman damai oleh sesetengah pihak. Apa makna aman itu hanya jika tanpa perang? Sungguh. Bila agama  Islam diletak di tapak kaki. Beginilah akibatnya. Bila manusia semua meletakkan kepentingan dunia lebih dari mengejar ganjaran hari akhirat maka patutlah kita akan melihat kesan kesan yang telah berlaku hari ini. 

Kuatlah mereka. Kuatlah ibu ibu yang kehilangan puteri mereka itu. Kuatlah wahai seluruh manusia yang bencikan kekejaman. Kuatlah semuanya. Aku hanya mampu mengirim doa dari kejauhan agar rahmat dan restu Allah sentiasa mengiringi kalian yang ditimpa musibah. 

Ya Allah, bagaimana zaman anak anak ku nanti. Bagaimana anak anak ku ini ingin menempuh dunia penuh pancaroba ini. Selamat atau tewaskah mereka. Ya Rabbi, lindungi anak-anakku ini dari segala muslihat dan tipu daya dunia. Masihkah bernyawa aku untuk menjaga dan melihat mereka membesar dengan penuh jati diri dan berakhlak mulia. Masih kah ada sisa hidup ku untuk melihat mereka menjadi manusia harapan agama. Kerap aku berfikir, mungkinkah aku akan menghabiskan sisa hidup ini dengan melihat mereka membesar dengan sebaiknya. Oh Tuhan *usap dada* 

Duhai anak anak ku yang masih mentah menilai dunia, ingatlah pesan daku seorang ibu yang hanya berpangkat moknaa. Hanya Tuhan tahu betapa moknaa mahu melihat kalian membesar menjadi si soleh dan solehah. Dan moknaa akan ada untuk kalian, selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa untuk moknaa melihat kalian membesar. Maka membesarlah mengikut aturan yang di tetapkan syariat. Pasti selamat hidupmu anak. Jika lelah tersungkur di dunia ini dan tiada yang menerimamu, datanglah padaku. 

Moknaa ada. Selamanya.

Wassalam.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: