Friday 20 April 2012

Menjejak tanah Rembau (Lawatan Industri) part 1

Assalamualaikum..
since jadi student di USIM dan jadi pendatang di Negeri Sembilan sejak 2 tahun yang lalu, rasanya aku dah jatuh cinta dalam diam dengan negeri ni :p hee.. dan sejak saat itu, ke Port dickson dah, ke Mantin dah, ke Seremban lagi la sudah dan Rabu 4 April aku menjelajah satu lagi daerah di Negeri Sembilan iatu Rembau. tapi jalannya bukan sesaje tapi kerna lawatan industri under subjek Pengantar Perniagaan. Program ini tujuannya nak mendedahkan kami ke dunia perniagaan sepenuhnya. dan belajar how to manage a business sebab dalam business sangat banyak yang kita kena tahu.bukan senang.. :| 

Jadi tak payah cakap banyak,untuk adik kakak aku kat kampung yang nak tahu sangat aku buat apa kat sini, tengok saja souvenier yang dibawa balik. *souvenier la sangat :p

ini trip pergi ikut kelas tutor.

sebelum pergi.. :)

dari kiri : ainur, asmanida, hakimah, ekin
kiri : amylin, dalila, filzah, are-da dan arni


haa..janji bertolaknya jam 12.30 maka menunggu la kami bagai pungguk rindukan bulan. ingatkan dapat naik bas yang best tapi..eh,untung apa dapat naik bas *mata ke atas tangan didada :p


jalan-jalan jom naik bas *baca ikut irama jjcm


tema purple. perasan? ha'ah memang pun..sama kaler dengan bus.. :p

dalam perjalanan.. memang terasa seolah-olah ooo ooo balik kampung


lagi..


dan lagi..


dah sampai rembau..


selamat datang Rembau Daerah Beradat

p/s:orang2 kat sini agaknya xda yang kuang ajor sebab ni daerah beradat :p

*to be continued

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Sunday 8 April 2012

Quotes #1


Berdoa untuk dikurniakan jodoh dengan seseorang adalah diizinkan oleh Islam.

Tiada sebarang dalil yang melarang doa untuk memperolehi sesuatu kebaikan sama ada dunia dan akhirat. Doa untuk dijodohkan dengan seseorang yang dicintai, termasuk di dalam doa untuk mendapat kebaikan dunia. Ia diizinkan dengan syarat dilakukan dengan betul, faham dan bersungguh tanpa disertai kepercayaan syirik, jampi mentera karut marut dan ramalan syirik.

Ustaz Zaharuddin

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Aku si wanita cantik


Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.
  
7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI
 
dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

sumber : facebook

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Menangis lagi

Takdirnya aku ini harus diuji
agar aku tahu dimana letak imanku
takdirnya aku harus diduga 
agar aku tahu rapuhnya tawqaku
buat kesekian kalinya..
 dan hikmahnya sungguh manis
sabar itu indah bila tiba masanya

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.