Friday 21 December 2012

Final exam is coming




Assalamualaikum.. 

dengan muka yang senyum meriah dan semangat yang membara tinggi

Holla hollaa..

Dari saat diri terpaku di depan lappy kesayangan ni, maknanya genap sehari semalaman jadi musang berjanggut ditengah malam. Happy benor  terasa hidup bila tak payah tidur lepas tu terus pergi kelas untuk hari terakhir di sem 3. Memang meriah. Semalaman  tak payah tidur. Memang indah. 

Kengkadang bila terlalu penat dan stress melampau, tak tau apa yang aku boleh buat. Contoh beberapa hari yang lalu, rasa diri tak tahu apa benda nak buat,  Lepas tu amik quran mengaji. Buka surah ALI-IMRAN, tengok tafsiran yang paling TOUCHING dalam hidup sebab kena dengan diri yang terasa semakin jauh denganNya.  memang hujan mengalir membasahi hati. But I need someone to let go my feeling, so I send a message to  my bestfriend. She told me that I need to be strong. Keep praying.  Of course I do. But still  feeling yang tetiba kita terasa macam ada benda tak complete dan hati berdebar tak menentu. Lepas tu macam ada benda yang kita buat salah tapi takda pun sebenarnya. Rasa serba salah hati tak tenang. Yes. That feeling. Masih tak hilang.

 So apa yang saya buat buat, ambik telefon dan dail number mak. . It’s really amazing!  perasaan tak menentu yang hilang bila dengar suara mak, it’s the best feeling. Hear her voice and I make some jokes, then she laughs. Oh Tuhan. It’s disappeared. My depressed is GONE. Caps lock GONE.

How beauty it is. Just glad to have a mom and felt sorry towards my friends who did’nt have mom. So the lessons that I learn, if u have mom no matter you’re a boy or girl, just love your mother and show it. You miss her? Dia lagi lah.

Hari ni adalah hari last kami di Sem 3. Sem ni terasa macam feeling lelebih bukan lelabah bila kemain bergambor dengan lecturer dan ustaz-ustaz kami di hari last.  Terima kasih atas ilmu. Maaf kalo anak murid yang ni suka main-main dalam kelas.

bersama Madam Ifa Rizad. Subjek business accounting
Madam Norziah yang sgt sporting dan keibuan. Subjek Business math
Ustaz baharudin kegemaran ramai. Usul fiqh. 
Ustaz Zainuddin. Subjek Tarikh al- Tashriq
Madam Rosmah. Organizational behaviour

kami tak sempat nak buat last kelas dengan madam jadi ini gambar entah berapa bulan yang lalu. tapi nak masuk jugak


Madam Hartini. Malaysian economy.
Madam Azlina yang ajar Business Statistic. baik giler. sungguh

Jadi tugas anda yang baca adalah cari di setiap gambar mana lecturer dan mana anak murid. 
 hope to see u again. please pray for me and my friends for our final.

wassalam..


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 12 December 2012

Wordless Wednesday #4


Stand tall and do not give up.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 5 December 2012

Harimau Malaya di Aff Suzuki Cup 2012


Assalamualaikum..

Anda tahu apa topik hangat seminggu dua ni? Tak tahu? Eh maknanya anda betul-betul baik duk berkurung dalam bilik baca buku tebal tak bersosial macam orang nih wow nak tabik lah hebatnya

Baiklah. Pasukan bola sepak negara kita Harimau Malaya dah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Even masa awal pusingan dan sebelum tu lagi dalam perlawanan persahabatan Harimau Malaya asyik kalah aja dan saya percaya ramai yang risau dan tak percaya akan kemampuan sang rimau untuk melangkah ke pusingan seterusnya dalam AFF Suzuki Cup ini tapi mereka bangkit setelah tewas 0-3 kepada Singapura dengan mengalahkan Laos 4-1 dan wah Indonesia musuh ketat pun berjaya ditewaskan dengan jaringan hebat 2-0. 

Saya tertarik dengan kata-kata Imam Muda Assyraff bila Harimau Malaya berjaya melangkah ke separuh akhir. “pasukan kita sedang diuji. pemain sedang diuji. Para penyokong juga sedang diuji. Semua orang sedang diuji oleh Allah s.w.t” bila baca meremang jugak bulu roma. Tau. Banyak yang alpa dan leka bila musim-musim macam ni. Mungkin pengertian diuji IM berlainan dengan saya namun matlamat penyampaiannya tak jauh berbeza. Barangkali. 

Banyak yang tak kena. Maaf bagi sesetengah pihak yang memilih untuk bertengkar lidah dengan penyokong-penyokong Indonesia. Melayan dengan menghamburkan kata-kata kesat dari seorang bangsa melayu yang beragama Islam mungkin sangat tidak manis untuk dipandang dan meresahkan hati menyaksikan perlakuan ini berlaku di depan mata sendiri. Lumrah barangkali. Tiada siapa yang pelik bila kekecewaan menyaksikan pasukan sendiri kalah dan tersingkir. Jika kita bagaimana? Pedih bukan. Tahu. Kadang-kadang bukan kita yang memulakan. Saya cukup arif tentang itu. Rakyat Malaysia yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa adalah insan yang cukup hebat di mata saya. Lebih hebat jika bijak mengawal emosi.  

Kita juga ada Ultras Malaya. Ultras Malaya juga akan jadi kumpulan sorak yang hebat jika hebat menggunakan kata-kata semangat untuk menaikkan moral pemain kita, bukan hebat bermain kata menghina negara orang. Erk. Mendengar sendiri sorakan ketika Malaysia menentang Singapura menyebabkan darah meruak ke muka. Eh silap negara ke tapi ini orang Malaysia. Ohh barangkali mereka ‘’terlalu’’ mahu pemain bangkit. Tapi jujur ia ‘’amat’’ tidak manis.  Walau bagaimanapun peranan Ultras Malaya sangat besar. Mereka yang menghidupkan suasana di stadium. 90 minit perlawanan, suara mereka tidak pernah berhenti. Wajar mereka diberikan ucapan terima kasih di atas semangat waja yang di tunjukkan. Tahniah.   

Di saat inilah tidak kira apa pun status kita, jurujual, doctor pakar, artis terkenal, penganggur terhormat atau student sepenuh masa seperti saya pasti akan bersatu untuk memberikan sokongan sehabis daya buat mereka. Masa inilah bahagianya rasa bila si A dan B yang berbeza fahaman politik boleh sama-sama menjeritkan satu irama gol tanpa pertelingkahan pendapat seperti biasa. Pada waktu inilah, semangat warga Malaysia sedang berada di kemuncaknya. Tangan dan suara yang seirama melambangkan penyatuan hati dan jiwa rakyat Malaysia. Ya. Semuanya kerana sebiji bola. 

Separuh akhir pertama akan berlangsung pada Ahad ini. melayan kunjungan Thailand. Ingat. Kita tidak mudah rebah. Malaysia tanah tumpahnya darahku. Sama-sama memberikan sokongan dengan cara yang paling terhormat tanpa mengenepikan adab-adab seorang Islam dan melayu. Semoga Harimau Malaya dapat bermain dengan baik dan tidak berlaku perkara yang tidak di ingini. Ayuh tinggikan sorakanmu, ini demi maruah Negara di mata Asia Tenggara. Doakan kejayaan mereka. Mereka kebanggaan kita. Hashtag HARIMAU MALAYA!

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.