Sunday 18 January 2015

Malam Apresiasi Pelajar Tahun Akhir FEM / Iceps1O : Malam Sejuta Kenangan


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan perjalanan hidup. Sihat dan bertenaga. Lapang dan memuaskan.

Termenung dan memikir.

*Begitu banyak nikmat dari Tuhanku yang aku dustakan. 





Semalaman aku dibuai kenangan. Teringat saat saat  pertemuan pertama aku dan mereka. Begitu indah jalan cerita yang Allah sediakan untuk ku isi perjalanan di bumi Usim ini. Adalah hari ini, saat saat perpisahan telah kita tempuhi, antara kita yang jaraknya bukan sedikit. Hembusan udara semenanjung dan jaraknya merentas Laut Cina Selatan membuat aku tersedar sememangnya Allah mencipta kisah kita sebegini untuk menguji sedalam mana setia kita dalam persahabatan. 







People aren’t always what you want them to be. Sometimes they disappoint you or let you down, but you have to give them a chance first. You can’t just meet someone and expect them to be everything you’re looking for and then be angry when they’re not every hope and aspiration you projected onto them.

It’s foolish to believe that someone will be what you imagine them to be. And sometimes, when you give them a chance, they turn out to be better than you imagined. Different, but better. That’s my friends. <3







When we honestly ask ourselves which person in our lives means the most to us, we often find that it is those who, instead of giving advice, solutions, or cures, have chosen rather to share our pain and touch our wounds with a warm and tender hand.

The friend who can be silent with us in a moment of despair or confusion, who can stay with us in an hour of grief and bereavement, who can tolerate not knowing, not curing, not healing and face with us the reality of our powerlessness, that is a friend who cares.










One friend with whom you have a lot in common is better than three with whom you struggle to find things to talk about. Thank you Cima for everything. Aku jadi sayang dan kepingin nak ke Sabah sebab kau la bah. Boleh bah kalau kau




Insya Allah, doakan aku berjaya menjejak Sandakan suatu hari nanti. Kalau tak seorang, berdua. Ha ha Joking bah Cim. 





Kalian ..

Masih aku ingat, kali pertama melangkah masuk ke kelas, bukan ada sepatah kata, bukan ada teguran mesra, kerana aku kelu bagaimana cara untuk aku membina mukadimah. Sejarah itu jadi kenangan, tersimpan jauh di ruang memori.

Terbinanya persahabatan bukan pada cuit mesra yang langsung kita bina namun pada laluan hari demi hari dalam menyimpul ikatan. Bergaduh, tersenyum, merajuk. Itu bukti kita pernah bersama. 




  
 Kelmarin..

Di bawah serambi fakulti itu

Kita sama sama mengumpul tenaga demi yang digelar ilmu

Yang kita kutip dengan mengeluh penat di jiwa

Namun cuma tersenyum dan tawa bahagia

Hari ini kita terpisah jauh

Antara dua benua

Antara selautan rindu

Kesepian yang sering menyinggah

Dan rindu yang sentiasa menghuni 





Us three. Dari tahun 2 bersama. Subahanallah. Going through a ton of hardships together. Paling menangis rindu dekat mereka. Wuhuu Housemates – classmates - groupmates – runningmanmates (haha) - Dulu kalau orang lain nampak hanya berdua, pasti ditanya mana yang seorang lagi. K rindu 




                
"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati,  ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat,  semakin aku percaya diri,  aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya,  dalam suka dan duka,  jika aku dapat,  aku ingin setia padanya" - Imam Syafie





Bukan sekali. Tapi banyak kali. Hinggalah aku dipertemukan dengan mereka. Well to make real friends you have to put yourself out there. Sometimes people will let you down, but you can't let that stop you. If you get hurt, you just pick yourself up, dust off your feelings, and try again.





Hmm. Nasib baik ada Liya. Kawan baik insya Allah. Dari  zaman kecik kecik masa tamhidi lagi bersambung sehingga sekarang. Tak pernah reti nak hipokrit depan Liya. Sebab mesti dia faham aku lebih walaupun bukan satu kelas. Sejenis kembar. Tapi tang pipi ja. :p



                                           
There used to be days that I thought I was okay, or at least that I was going to be. We'd be hanging out somewhere and everything would just fit right and I would think 'it will be okay if it can just be like this forever' but of course nothing can ever stay just how it is forever. Kan?



                                                                    
Nothing is the same. Nothing will ever be the same again. Masa malam nak balik, masa tu jugak salah step. Salam peluk cium family TMD3 insya Allah bukan untuk kali yang terakhir. Tapi masa salam, duk menatap mata duk menatap muka. Hmmph hujannnnn !





Berebut tisu. Lunyai. Nasib baik masih boleh gelak dan sambung selfie. LOL



Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, kita, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar  ibarat roda yang berpusing. Berjauhan kita tidak semestinya melupakan. Okay ?


Dari saat kita bertemu hingga malam ini yang terakhir, terima kasih kerana menerima Latifah Ilyana sebagai teman di hati kalian. Dan aku sama sekali, tiada sangsi bahawasanya kasih dan cinta ini sama seperti yang aku limpahkan buat keluargaku. Terima kasih, kerana setia. Terima kasih, kerana menjaga segala rahasia. Terima kasih, untuk segalanya.




“In every friendship hearts grow and entwine themselves together, so that the two hearts seem to make only one heart with only a common thought. That is why separation is so painful, it is not so much two hearts separating, but one being torn asunder.”



 I shot an arrow into the air,

It fell to earth, I knew not where;

For, so swiftly it flew, the sight

Could not follow it in its flight. 


I breathed a song into the air,

It fell to earth, I knew not where;

For who has sight so keen and strong,


That it can follow the flight of song?


Long, long afterward, in an oak

I found the arrow, still unbroke;

And the song, from beginning to end,


I found again in the heart of a friend.

Hari ini kita telah kembali ke pangkuan keluarga, seperti mana yang kita katakan dulu. Kita mahu berbakti kepada mereka. Pastinya, perpisahan ini membawa cerita bahagia. Tabahkanlah hati dan bersabar serta berbahagialah bersama keluarga tercinta.

Selagi nyawa dikandung badan, budi baik pasti aku tak lupakan.

Kalian teman terbaik. Insya Allah.

14 January 2O15




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Friday 16 January 2015

Warkah untuk Hasina : Salam Ulangtahun ke 23


Assalamualaikum

Alhamdulillah, kita masih lagi dihidupkan oleh Allah Taala sehingga ke hari ini, mudah-mudahan Allah memberkati kita di setiap hari yang kita lalui ini dan menyampaikan umur kita dengan segala kebaikan yang kita lakukan dan moga beroleh ganjaran syurga di sana kelak.

Pada entry kali ini, aku ingin berkongsi dengan seluruh yang sudi menatap tentang seorang insan istimewa yang sekian lama bertakhta di hati ini. Menyambut ulangtahun kelahiran seseorang bukanlah sesuatu yang dianggap perkara terutama dan terbesar namun sebagai seorang manusia bukankah lebih baik sekiranya kita menggembirakan hati sahabat kita hatta walau sepatah kata tanda ingatan dan kita sebagai orang Islam tentulah diajar dengan perkara-perkara yang paling baik agar tidak menyimpang dari landasan syariat yang Allah aturkan dalam upacara sambutan sebegini.

5 January. Tarikh yang sejak 4 tahun lalu menjadi tarikh berharga bagi aku. Bermacam macam warna pelangi. Begitu indah dipandang. Bermacam macam ragam dan karenah teman. Engkau yang menjadi pujaan. Untuk teman baik ku, kami merasai tiap kesedihan dan air mata yang engkau lalui. Terjalnya jalan hidup yang kau lalui, tak pernah menyurutkan semangat. Malah engkau yang paling kental harapan dan pergantungan nya antara kita semua. Hingga tepat di detik ini terukir indah kenangan di 5 January, tawa dan tangis yang engkau tempuhi silih berganti menyertai setiap langkah hidupmu.

Demi menggembirakan insan kesayangan kami ini, hari kejadian. 5 January, Paper Fiqh Muamalat 2 pada Jam 2.3O petang. Masih berlagak biasa tanpa sebarang riak. Dia juga cuba berlagak biasa walhal.. ha ha maafkan kami Siena. Terima kasih untuk concern kami tertinggal bas. Terima kasih sebab terharu dengan kejutan. Ha ha 


Watak watak pelakon cerita layar pendek namun penuh makna jeng jeng jeng .. 

DAYANG NABILAH SI TUKANG PENYELAMAT KEADAAN
DALILAH ANUAR TUAN PENGARAH BERJASA
AFIFAH AZIZ PENYERI SUASANA 
AZIMA TUL FARHANA PHOTOGRAPHER BERJAYA
SYAHIRAH JAFREE PELAKON WATAK UTAMA
LATIFAH ILYANA TUKANG PENYEDIA PROPS BERSEPAH DAN TUKANG SIBUK
SYARAH ATHIRAH SI CHEF MERANGKAP PENIUP BELON HA HA
Sementara si watak utama melakonkan wataknya, maka bercempiaranlah enam yang lain merubah tara halaman buat si teman yang lebih dulu menuju 23 usianya. Ribut. Kalut. Ha ha memori indah sampai tua Insya Allah.  



Buat teman baikku,

Biarlah kami yang mengiringi kebahagiaanmu di hari yang telah kami rancang petanya.

Biarlah kami yang menyertai setiap langkahmu biar riakmu tak bisa kami teka.

Biarlah kami, yang merasa terhutang dengan kasih sayang dan perhatian yang telah engkau limpahkan selama ini tanpa mengenal perit di hati sendiri. Bertambah usiamu satu tahun, bergembiralah. Hanya ini yang termampu kami hadiahkan. Moga ada masa jodoh yang Allah tetapkan kita bertemu lagi di keraian 5 January yang lain.












Sanah helwah bucuk. I love you to the moon and back. 


Waktu berjalan tiada henti, mengiringi rembulan dan mentari, yang terbit nan tenggelam setiap hari mengiringi usiamu yang terus bertambah dari hari ke hari, hingga saat ini Selamat ulang tahun ke 23 sahabat kesayanganku. Semoga hari hari depanmu lebih bahagia dan penuh harapan, Meski ada sedikit rintangan anggaplah itu hanya suatu cubaan untuk menguatkan imanmu.

Jujur kami katakan, di saat lagu ulang tahun mu kami kumandangkan, sebak bertalu mengiringi doa dan harapan agar kau akan sentiasa tabah kerana Allah hanya menduga hamba kesayangannya sesuai dengan kemampuannya.







Sina, maafkan aku. Selepas pemergian abah mu. Tak terluah kata kata saat aku berhadapan denganmu. Banyak lafaz bicara yang telah aku rencanakan saat kita bertemu. Namun tiada satu pun yang keluar dari bibir ini. Bukan tidak mahu menunjukkan simpati, apatah lagi segan mau berkongsi empati. Namun kuat tutur bicara kau Sina membuat aku kelu.  Kagum namun hatiku menangis hiba. Maafkan aku, sekiranya pelukan yang aku simpan hingga saat akhir kita bersua tidak sehangat perasaan sebak dan hiba yang melanda seluruh jiwa raga aku tika aku mau berkongsi rasa itu. Maafkan aku sekiranya aku terlambat menghulur salam supaya kau terus kuat dan kuat.  


SAHABAT yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. SAHABAT yang baik penunjuk jalan, penguat langkah, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.  Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)


Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah.


Terima kasih kerana jadi ‘Teman’ itu, bagi aku,  yang aku harapkan.


Sina kuat kay. Ramai orang sayang Sina. Ingat janji kita sebelum getting married ha ha *macam esok lusa je kan Sina, hmm kita backpacking around the world dulu. Mana kau nak pergi, aku ikut. Asal ada kau, aku tunggu.  Insya Allah. Dengan izinnya.  

5 January 2O15

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.