Monday 2 April 2012

Sehari membasuh minda jumpa kawan lama :P

entry sebelum ni part yang di Sri pena.gerak hari jumaat then sabtu kami turun Melaka bawak anak-anak bertiga jenjalan di zoo melaka.even diorang da pernah datang tapi surely bila datang kali kedua dan seterusnya tetap juga have fun. yelah..usia cenggitu bila dapat tengok benda pelik tentu seronok.hee..mak-mak budak pun terexited jugak sebenarnyanya pun. :p
pintu masuk
darwisy dan tapir..:p
setiap kali jumpa benda alah tu..memang akan jadi transalator untuk mereka :)
rusa disebut lusa by aqil..:D
eppat la ana..(pelat) :D
mok na! ni apa? 

mok na jawab kasawari..darwis kata karasari..hehe pon boleh.


:)
jgn cakap lembu tok ayah sudah..
3 hero
aksi di sebalik tabir..aqil :p
one more time..hiyyahh!
oooppsss terngantuk sudah :p
 hehe..dan sungguhlah bila dapat spend time dengan diorang rasa kelam kabut yang jadi minggu tu dan sebelumnya agak hilang ditelan perasaan.release tension dengan assigment dan tugasan yang bertimbun. dan sungguhlah juga family adalah ubat terbaik untuk segala-galanya. itulah hikmah ALLAH menjadikan setiap dari kita.ada peranannya masing-masing.
dan doa mok na sentiasa mengiringi darwis,aqil dan ammar serta the others agar menjadi orang yang berguna kepada agama dan keluarga.soleh dan solehah serta dapat berbakti kepada orang tua bila besar nanti. insyaALLAH.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Makan angin buang kareng!

assalamualaikum..

hujung minggu hari tu.. pack kain baju larikan diri dari kerja bertimbun dan make a trip  3 hari 2 malam ke Port Dickson and Zoo Melaka bersama-sama anak-anak yang comel dan sweet. jeng jeng..

Muhammad Darwisy



Aqil Zafran

Ammar Latif

darwis datang jemput pukul 12.30 kat hostel.sampai tertidur mok na tunggu darwis datang.taw.. :|

 
Sri Pena Port Dickson

bilik menghadap swimming pool.jadi memang setiap masa si darwisy merengek-rengek ajak turun.



mostly aktivitinya teman 3 hero mandi kolam. dan sebab dah lama tak mandi pantai, petang sabtu terjun pantai..yeaayy!! kat Terengganu tak boleh nak bergumbira sebab ombak kuat. so pantai port dickson is the best place untuk lepas hajat nak mandi pantai. alhamdulillah peluang bersantai di tepi pantai mengingatkan diri akan keagungan ciptaan ALLAH s.w.t. cantik dan perfect. dan sempat tengok pemandangan matahari terbenam.Subhanallah. jiwang sekejap :p daa..







currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 22 March 2012

Ujian perasaan


Hari ini hari yang sangat menyesakkan dada
Tahan dari pagi akhirnya tersedu jua di petang hari
Maaf andai ketidaksempurnaan itu disebabkan oleh aku
Maaf jua andai aku penyebab kekalutan itu
Namun dimana hak ku untuk mempertahankan diri andai apa yang terjadi bukan salahku

Kekalutan emosi mampu menjadikan aku manusia yang tidak normal untuk berfikir dengan betul
Betullah..dunia belajar banyak dugaannya
Tabahlah diri..ini perjalanan untuk menempuh masa hadapan
Tabahlah diri..ALLAH tahu dimana kebenarannya
Persoalannya harus diselesaikan bukan untuk didebatkan. noktah!


*handling meeting this morning was going smooth.Sir give thumbs up.thank you ALLAH.



Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."

Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!"



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 21 March 2012

I am not mrs. lonely



 ....................................................................................


  thank you ALLAH for giving me everything that I need nor everything that I want

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.