Friday 26 April 2013

Cikgu.. bekengnya !



Pendidikan adalah salah satu  metodologi yang sangat berkaitan dengan psikologi, emosi dan keyakinan. Guru terbaik sepanjang zaman tentu saja Nabi Muhammad S.A.W dan pasti saja kita tidak akan ketemu contoh lain sehebat baginda. Baginda yang sabar, tidak mengeluh, ikhlas dalam menyampaikan dan disayangi semua umat manusia.

Guru. Satu nama yang indah. Kita kenang sampai akhir hayat kita. Lihat mereka dan kita akan renung diri kita. Besarnya pahala seorang guru, inilah pekerjaan yang mana hitungannya akan dikira di dunia dan di sana.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesunggunya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".

(Riwayat al-Tirmizi)

Mengapa guru jadi bahan kajian hari ini ?

Kerana pengalaman hidup membawa saya mengenali banyak jenis watak guru yang harus saya hadapi. Mereka, tabah dan sabar melayan persoalan anak didik yang masih buntu mencari penyelesaian. Mereka, sanggup berkorban masa dan wang untuk anak didiknya. Mereka, melayan anak didik ibarat anak sendiri dan ada mereka itu, anak didik tempat melepaskan baran. Mereka itu, anak didik jadi sasaran penderaan perasaan. Alhamdulillah, mereka-mereka itu adalah guru yang insya Allah akan saya sayang dan akan saya buktikan di sana nanti, bahawa mereka telah menyampaikan ilmu yang berguna kepada manusia.

Guru paling senang masuk syurga namun bimbang jika ia juga paling senang untuk masuk neraka  - Prof Muhaya Ikim f.m

Kenapa neraka?

Prof muhaya sebut bahawasanya seorang guru yang berjaya menjatuhkan tahap confident level seorang pelajar dan besar kemungkinan pelajar itu akan bawa perasaan itu sehingga mereka dewasa, bimbang effectnya akan terkena kepada guru itu.

(Luqman berkata): “Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui (SURAH LUQMAN 16)

Islam yang indah ini membenarkan teguran. Teguran yang membina.

Guru yang bagaimana?

Menurut kata prof Muhaya, guru yang sentiasa merendah-rendahkan kebolehan pelajar. Mereka yang selalu menengking pelajar. Guru yang tidak menjaga sahsiah mereka. Guru yang tidak hormat pelajar. Guru yang sentiasa rasa geram pada pelajar tanpa sebab.

Memang guru rasa penat, berkorban itu ini. Namun ingat, bila kita bantu anak orang, Allah akan tolong anak kita. Pernah kan kita terfikir, ada guru yang dia sendiri tak hormat anak murid dan bagaimana guru ini mengharapkan anak murid untuk menghormatinya.

Siapa guru yang kita sayang?

Adakah guru yang pandai atau guru yang paling baik dengan kita, atau guru yang sentiasa senyum. Akal membuat kita pandai, dan wahyu membuat kita baik. Baik dasarnya hati dan hati itulah raja segala perasaan.

Seorang guru yang baik dia telah melihat kerjaya sebagai guru adalah sebagai ladang-ladang pahala untuk dia beramal. Dia melihat seorang anak murid, dia sedar, itu adalah benih-benih untuk dia menyubur pahala. Dan niat bukan untuk manusia tetapi niat adalah hubungan manusia dengan Allah.

Siapa kita untuk menolak hak istimewa seorang guru. Sedangkan jika kita mahu mengambil ujian sekalipun, doa mereka yang kita harapkan. Kita pohon mereka halalkan ilmu itu.

Bagaimana dengan guru yang jadi bahan kutukan, cercaan dan herdikan ibu bapa?

Puncanya anak mereka dimarahi. Puncanya anak mereka dirotan.

Masya Allah.

Guru itu bukan orang gaji kita. Malah orang gaji kita sendiri kita tak herdik sebegitu rupa. Ibu bapa harus ingat satu perkara. Bila kita marah guru kepada anak kita, ia akan menyebabkan si guru tawar hati. Hilang satu  keberkatan sudah tentu. Guru yang tidak gembira, tidak akan dapat menggembirakan pelajar mereka. Sama seperti orang yang tidak bahagia tidak dapat membahagiakan orang lain. Masalah ibu bapa zaman ini terlalu nyata. merajakan anak sedangkan anak dihantar ke sekolah untuk di didik menjadi insan berguna. Orang yang minda kecil, masalah dia besar. Inilah masalah ibu bapa abad 21 ini. Di mana pun kita berada, jika kita bagus. Kita akan tetap bagus.

Guru yang baik adalah guru yang mampu menjadi murabbi yang hebat.  Moga Allah kurniakan kita dengan kesabaran. Dunia hari ini bukan lagi seperti dulu. Dunia ini penuh dengan cabaran. Moga anda yang bergelar guru mampu menjadikan dunia ini aman kembali dan menyejukkan dunia ini dengan kasih sayang.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Thursday 11 April 2013

Sabar bukan pasrah



YA Allah

Engkau ajarkan aku dengan erti kesabaran

Ajarkan aku ya Rabbi

Bahawa hidup ini jika sabar temanku

Hujungnya adalah keindahan dan ketenangan

Kau ajarkan aku

Sabar itu bukan pasrah

Kerana orang pasrah tidak akan berikhtiar

Ajarkan aku

Dengan kesabaran itu

Kesibukan menjadi amal

Kepenatan membuah cinta

Kesesakan menuntun rindu

Dan ketika perlunya saat saat aku bersabar

Bukakan pandangan sempit ini

mengejar dunia bukan keperluan

Mengejar kesibukan jua bukan desakan

Ketika saat saat aku melepasi kesukaran

Ajarkan aku dengan senjata kesabaran

Ya Rabbana

Kau pemilik segala kekuatan

Hadirkan aku dengan sedikit kesabaran

Padaku dunia ini

Semakin lama semakin kelam

Oleh kerana itu

Ajarkan aku

Kesabaran itu akan bersama orang-orang yang mencintaimu

Wahai Tuhan pemilik segala Hidayah




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Friday 5 April 2013

Lagu tema PAKATAN RAKYAT PRU-13 UBAH




Negara ku tanggungjawab bersama
Masa depan milik kita semua
Jalan berliku tentu mencabar
Bersama kita harungi

Orang muda pikul harapan bangsa
Mara depan Negara tentu cerah
Kuat semangat kita berjuang
Bersama menuju cita-cita rakyat

UBAH ! !
 
Selamatkanlah Malaysia
Bersama pahatkan sejarah
Buka lembaran baru
Sama-sama kita menuju
Perubahan di tangan mu

Orang muda pikul harapan bangsa
Mara depan Negara tentu cerah
Kuat semangat kita berjuang
Bersama menuju cita-cita rakyat

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Lagu tema Parti Islam Malaysia (PAS)



 
Bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai ansarullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan al-quran dan sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah

ayuh anak muda.. gerakkan seluruh tenagamu yang ada
seluruh medanmu yang tersedia
mari bersama melakar sejarah

INI KALILAH !

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.