Saturday 25 October 2014

Hikmah : Siapa dapat menduga bila ia akan tiba

Assalamualaikum. Hari yang muram, pagi yang kurang bertenaga. Badan yang lemah tidak bermaya. Jasad dan fikiran tidak bersatu seperti sediakala. Terbang jauh menerawang entah ke mana. Shock. Atau lebih tepat tidak menyangka. Ianya terjadi begitu pantas. 

Alfatihah. Kita kepunyaan dia. Dan kita akan pulang kepada Dia bila bila masa sahaja. Bertabahlah sahabat kesayanganku. Hayati hikmah yang terkandung dalam kitab sucinya untuk menenangkan hati dan mententeramkan jiwa. 

Duduk dekat rumah asyik layan perasaan sedih sebak tak tenteram, lepas Zohor pergi ke Tasik Setiawangsa. Tapi asyik terbayang bayang beliau. ;(













انما يوفى الصبرون اجهرهم بغير حساب
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahalanya tanpa batas” (Q.S. Az-Zumar:10).

Kuatlah. Kuatlah ! Demi DIA dan dia. Wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

No comments: