Assalamualaikum..
Tak jawab dosa, kalau
jawab sayang. Hehe ;)
Apa kabar sekalian
pembaca. Mudah mudahan sihat bertenaga dan sentiasa dalam rahmat Allah. Sekarang
ni, hari hari saya online. Ada jugak hari hari yang takda mood nak pegang
handphone nak bukak twitter, instagram, facebook tapi sejak situasi kerja macam
ni rasa macam tak boleh lari. Ah alasan kan?
Banyak sangat nak update
entry tapi malas sangat nak menaip. Memang sejenis pemalas sejak dulu. Cuma harini
rasa semangat sikit sebab tiba tiba eh teringat tempoh tamat internship dah
around the corner. Bukan kata tak sabar nak habis tapi alahai dulu rasa macam
impossible je untuk 20 minggu. Yelah orang kata kan internship ni zaman mula
mula kita didedahkan dengan suasana kerja. Kalau ada heart attack sesekali tu
biasalah haha
Dah tu tak busy ke
tinggal sebulan je lagi?
Nak kata busy tak sangat
sebab dapat task biasa biasa je. Bulan bulan sudah ada la jugak rasa apa itu
depressed. Sekarang mentally okay. Wah gitu. Sekarang kalau nak bercerita rutin
kerja hari hari bangun awal pagi lepastu tunggu driver a.k.a abang saya hantar
pergi ofis haha mewah betul hidup. Pukul 8 masuk kerja lepas tu ketung ketang
ketung ketang balik pukul 5 pun dijemput oleh abang saya. Lepas tu hujung
minggu balik Besut sebab I am forever anak mak ayah.
Sekarang dah masuk ofis
rasa rindu gila zaman stay up memalam sampai 3,4 pagi sebab ada midterm atau
ada quiz atau ada assignment nak kena submit atau sesaja je melepak sampai pagi
buta. Pun ada. Sekarang jangan kata 1,2 pagi. Kalau mata bertahan sampai jam 11
pun dah cukup syukur. Biasanya pukul 9 lebih mata dah mintak nak peluk doraemon.
Hujung minggu pun semua orang dekat rumah dah tak pelik kalau masuk bilik awal
sebab yana dah jadi chenderella sebab tidur before 12 huuaa. Tapi yang
seronoknya sebab badan dah jadi normal balik. Berbanding zaman belajar dulu. Tak
terurus masa tu waktu tidur entah kemana
ikut suka hati. Cuma makan je pandai jaga perut sendiri lol. Sekarang ni, Weekends
pun dah biasa bangun awal pagi tak ada lagi karenah tak senonoh seperti zaman
belajar dulu.
I failed. I learned. I changed.
Tak mudah tapi semua
orang perlukan persekitaran yang membantu.
Untuk hari ini, setakat
ini sajalah. Terima kasih masih sudi menjenguk. Semoga Allah beri saya
kekuatan. Tempoh 20 minggu ini sebenarnya banyak mencabar. Nantilah. Bila diberi
ruang dan kesempatan, kita sama sama belek hikmah yang Allah coretkan. Saya tak
tahu Allah noktahkan perjalanan saya dimana. Saya Cuma tahu perjalanan ini
harus diteruskan. Biar sedalam mana ujian DIA. Biar serapuh mana hati perempuan
saya. Tapi saya harus teruskan melangkah.
Dan saya percaya,
kalimah Sabar wujud di atas muka bumi ini bersebab.
Till then, wassalam.
No comments:
Post a Comment