Assalamualaikum. Selamat malam. Eh pagi!
Ehem2.. *betulkan suara yg sengau sebab selsema
Pagi ni sebenarnya excited. Sebab. nak celebrate birthday bersama
ehem-ehem
Nanti story ya. Jangan fitnah-fitnah. Dosa! Walaupun sebenarnya dah terlambat.
Banyak hari. Tapi tetap excited. Plus sambut dengan kembar yang baru jumpa. Btw, today is 13 May 2012.
Today ada orang tu dah cukup umur 15 tahun. Coincident, last night
tertekan number dia sebab rindu. Hahha.. mesti orang tu tak caya. Tak
heran la.. hari ni hari bersejarah dia.
My niece. Yang sulung. Btw, kakak! Memang la mok na mengaku mok na
lupa semua tarikh hampa dilahirkan. Sebab korang ramai. *alasan.. bla bla bla..
tapi selagi hampa ingat tarikh lahir hampa, tolongla bagitaw pada hari
kejadian. insyaALLAH mok na ingat (pada hari itu saja). hee.. :p
Well, I make a promise with her nak wish panjang-panjang. Tapi
sebab semalam busy dengan kerja jadi penat nak menaip kat mesej.
My dear kakak,
Usia bukan penentu segalanya
Tapi usia tanda kita dewasa
Kengkadang some people excited bila ‘birthday’
Tak salah. Tapi itu tanda usia kita makin bertambah.
And you know what?
Itu juga tanda. Kita makin hampir dengannya.
Itu juga tanda ‘hari itu’ makin dekat. Untuk kita bertemunya.
Kalau tak suka mok na cakap macam ni.. sila lempang diri sendiri
:p
Harapan mok na sama saja dengan harapan ibu, abah dan yang lain
Harap kakak jadi insan paling berguna untuk agama dan keluarga
Panjang umur dan murah rezeki
“Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal soleh baik laki-laki
mahupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke syurga
dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun”
Al-Nisaa 124
Get it? Tak?
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal
soleh dan merendahkan diri kepada Tuhan mereka, mereka itulah adalah
penghuni-penghuni syurga. Mereka kekal didalamnya.
AL-Huud 23
Siti Hajar. Bukan nama sembarangan. Nama yang dipilih kerana
terkenangkan mulianya pekerti bonda Nabi Ismail.
Nama yang dipilih kerana terkenangkan tabahnya hidup isteri Nabi Ibrahim.
Betapa cekalnya Siti Hajar menjalani hidup dengan menghadapi pelbagai dugaan,
begitu juga harapan mok na. betapa bertaqwanya Siti Hajar menerima dugaan
dirinya,begitu juga hasrat mok na. biar Siti Hajar ini tidak sesempurna Siti
Hajar itu, tapi cukup jika iman dan taqwa menghiasi dirimu. Cukup andai Siti
Hajar ini cukup taat kepada ibu dan abah. Cukup sayang pada adik-adikmu. Cukup
hormat pada guru dan ilmu. Cukup jika Siti Hajar ini tahu erti perjuangan islam
dan membahagiakan hati orang-orang disekelilingnya.cukup jika Siti Hajar ini
tahu betapa istimewanya harga diri seorang wanita. Jika dipelihara dan dijaga.
ALLAH akan mengangkat martabatmu.
Nasihat ini bukan untuk kakak saja. Tapi mok na juga. Dan
semua ‘sayang-sayang’ kita yang lain. Supaya kita bukan sahaja dapat bercinta
di sini. Tapi yang lebih penting, adakah kita masih lagi boleh bersama di sana
untuk menyambung jalinan cinta yang kita bina hari ini. Harapnya ya. Dan
jawapannya bukan di bibir. Tapi pada amalan kita.
Lastly, mok na doakan kejayaan kakak dalam PMR yang akan datang.
Kalau tak score bukan Siti Hajar Amir la tu. :P Doakan mok na juga. Btw, mok na dah 20th.
dah boleh kaahhh errrkkk wennn. Kidding! Selamat makan kek. Sayang kakak
fillah.. rindu kakak fillah jugak.
Pssstt * tak tipu rindu.