Saturday 7 July 2012

Resepi Kek batik express : pengubat kesunyian

 Assalamualaikum..

Bangun pagi tadi melilau-lilau apa nak buat di pagi hujung minggu. Biasanya bangun pagi, kemas rumah etc.. tapi bila di KL dah tak tahu aktiviti apa nak buat except jaga 3 hero Malaya. Dan disebabkan masih berbaki ELSP yang perlu dihadiri 9-12 Julai nanti, jadi masih tak boleh gedik-gedik nak balik kampung halaman lagi. Lalu tangan rasa gatal nak sepahkan dapur. nak masak tapi malas.  Benda paling senang, simple nak buat dan kos yang mudah adalah …… tarrraa.. kek batik express. Sesungguhnya kek batik adalah benda yang paling senang nak buat hatta di tengah kesibukan melayan anak sekalipun.  Bagi yang malas nak ke dapur tapi masih ada rasa nak memasak inilah penyelesaiannya. macam I lah kan. Ahha

 jadi disebabkan namanya express mestilah bahan-bahannya pun tak ada lagi. huaarrgh. betullah malas kuasa dua. kena ke kedai pulak. disebabkan kemalasan berganda-ganda, tak sampai 10 minit dah siap beli. main pilih dan campak duit saja. eh tak sopan. pilih dan bayar then balik. apa kebenda yang aku beli tak sampai 10 minit tuh? cis. 

biskut marie, kacang dan butter
coklat
instead of guna milo, cik kak itteww suruh guna coklat ni. sama saja. sebenarnya, nak merealisasikan kek batik ni dia ada macam-macam versi. ada yang tambah telur. maybe nak bagi melekit sikit. kita guna cara senang, tak payah letak. you kan tau I malas nak pikir panjang. 

kacang yang digoreng dan ditumbuk
walaupun I malas, tapi demi nak menjamin kelazatan kek batik express ni, I prefer untuk menumbuk kacang tanah ni dengan lesung batu instead of guna blender. sebabnya tak nak kasi kacang tu hancur dan nak bagi dia rasa crunchy. haa.. nampak tak usaha tangga kejayaan di situ.

susu, butter, coklat dan kacang
ambik periuk atau kuali, ikut suka bak hang lah. masukkan butter. ikut sukarasa. eh jangan, biar berpadanan lah dengan apa yang dibuat. nanti pening padan muka. masukkan susu dan milo. gaul dan kacau ia sekuat tenagamu yang ada. then masukkan kacang. jadilah macam kat atas tu. *macam tak sedap je*

rupanya bila dah gaul
langkah seterusnya masukkan ajelah biskut marie ke dalam hasil campuran kat atas tadi tu and make sure tak ada biskut yang tak kena adunan tu, nanti dia merajuk. haa.. time buat ni, ketensianku melimpah-limpah sebabnya selang 2,3 minit ada je yang hulur pinggan nak ratah biskut marieku yang bersalut coklat yang enak itu. nasib baik anaknya bukan mamanya. jadi masa ni lah nak aplikasikan sabar itu separuh daripada iman pun. huh.

tabur lagi kacang atas tu
kalau tengok ni macam kek kacang aje. haha. ikut suka la. step seterusnya nak kena bagitau jugak ke, alah penyek aje biskut tadi. kasi mampat dan sendat sikit. nak guna sudu boleh, guna tangan pun boleh. jangan pakai kaki. tak ada orang nak masuk meminang. baki campuran adunan tadi tu bolehla sapu kat bahagian atas. nak kasi cantik sikit lah. dah siap step ni, simpan dalam peti. basuh tangan ambil bantal tidur. hahha

 orang kata tunggulah 4 jam ke sebelum boleh potong. maknanya, engko boleh tidur 4 jam lamanya. so dah penat buka tutup peti ais selama 4 jam tu maka..


kek batik express
macam sedap ke macam tak sedap?
jadi, kesimpulannya waktu hujung minggu telah berjaya dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah yakni makan. huuhaa ini kali pertama buat kek batik after 2 years I guess. Allah. malunya. last buat during tamhidi. kumpul tengah balairong asrama then pakat penyek si biskut marie. itupun bukan buat semata-mata nak makan tapi nak attend gathering usrah ramai-ramai so kena bawa makanan. leceh nak buat sandwich, kek batik lah pilihannya. tapi kali ni buat sensorang. next : puding roti. tulun ajar please!


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 3 July 2012

Allah lebih sayangkan Pak long



Assalamualaikum..

Jam 7.00 malam 30 Jun 2012. ketika dalam perjalanan pulang dari menziarah adik bongsu di SBPI Integrasi Batu Rakit, satu panggilan kuterima. dari akhi Dr Azman. bicaranya lemah mencari ayah. namun tidak dapat kusampaikan kerana ketika itu belum sampai ke rumah. musykil. apa yang berlaku. hati berdebar. menjejakkan kaki ke rumah, telingaku menadah satu berita, pak long yakni abang sulung ayah telah kembali menemui penciptaNYA. tergamam. Mak mula mengarahkan kami menghubungi semua ahli kelurga. kalut. reaksinya kalut. bagai tak percaya. mungkin. kami juga kalut. lebih kalut bila kepulangan ke kampung selama 3 hari berakhir dengan pemergian pak long.


Allah telah merancang sebaik-baik perancangan. walaupun pada asalnya cuti semingguku cuma mahu diluangkan di sini sahaja namun takdir Allah membawa aku pulang dan sempat untuk ku tatap wajah pak long untuk yang terakhir kalinya. sedih. tiada perkataan yang mampu diucapkan. lazimnya, setiap kali hari raya, rumahnya akan kami tuju. belum sempat Ramadhan menjelma, Pak long terlebih dahulu dijemput menghadapnya. ya. inilah takdirnya. entah esok entah lusa giliran kita. alfatihah untuk arwah Pak long. baca isi hati akhi Dr Azman DISINI

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 26 June 2012

Muhammad Danish Syahmi

Habis je final hari tu, terus kemas barang walau dah seminggu siap packing untuk balik rumah. disebabkan cuti cuma seminggu jadi tak decide nak balik kampung. memang plan nak jadi bibik terhormat je cuti seminggu ni kat KL. tapi alhamdulillah lah kan, bila ada orang ajak balik kampung. then jumpa Danish dulu  :)




dah besar si kecik ni walau semua orang cakap dia tak besar-besar. almaklumlah mok na jumpa danish masa baru lahir hari tu ja, memangla nampak lain. 


setakat ni dia yang paling bongsu dalam family kami. tapi insyaAllah, jika ada rezeki nak dapat seorang lagi baby baru. alhamdulillah. selepas pemergian adik Badrul Munir, Allah gantikan dengan yang lain. Syukur.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

2nd Reunion Mahabbah 5 Gemilang

Assalamualaikum...


During study week hari tu. setahun sekali ahli-ahli mahabbah 5 Gemilang SMA.Maarif akan continuosly buat satu program jumpa + makan. last reunion kami cuma buat kat sekolah kami yang tercinta tu aja. sebabnya pengarah program at that time orang tuu.. but, disebabkan tahun ni planning punya planning asyik tak jadi je jadi pengarah program baru si Nadhirah yang comel lotey ,bodek sikit decide buat 2 Jun 2012. nasib lah ramai yang kat kampung masa tu cuma orang tuu terpaksa bergegas dari Nilai ke Terengganu untuk reunion ni. padahal tak pergi boleh ja. tapi dah lama tak jumpa nak jugak balik dan jumpa mereka ni. balik cuma 3 hari dan kembali semula ke usim untuk final exam. 
tempat dating kami. Pantai Keluang,Besut.
fuhh. penat mendaki bukit dengan Ain semata-mata nak tangkap panorama ni. tapi sayang jambatan yang time kecik-kecik dulu duk main kejar-kejar dah runtuh dan tak dibaiki sampai sekarang. itu motifnya.ahaa.. persiapan semua mereka yang aturkan. di sini kite nak minta ampun sebab tak banyak dapat tolong kalian. memang tak tolong langsung pun kan hehe. nasib baik lah kite dapat tiket bas nak balik awak, 

handmake. terasa kemanisan ukhuwah. :) terima kasih.
sponsored by pengarah program
pesanan awal, jangan marah. :J

alhamdulillah. disebabkan wujudnya perancangan yang teratur, kami adakan sedikit sesi perbincangan dan tazkirah ringkas. thanks, kalian bagi kerjasama yang menakjubkan dengan pertukaran pendapat yang awesome sebab kita masing-masing dah berada di haluan berbeza. salah satu matlamat tentatif tu diadakan adalah nak bagi peringatan sesama kita. maaf kalau ada kekurangan.

sharing...
ni nak kasi tinie dilanda kejelesan. :p
ada beberapa orang yang tak hadir :|
dan kami tak lupa mengingati sahabat seperjuangan kami yang terlebih dulu pergi menyahut panggilan ILAHI. dah setahun lebih. yang pergi tetap pergi, yang mampu kami lakukan adalah kalungan doa dan ayat suci al-quran buatnya. *jangan sedih lagi. Memperkenalkan!! insan-insan hebat sewaktu zaman persekolahanku. ra ra ra...

dari kiri : Nadhirah, Amanina, Aini, Amalina, Rabiah, Ain
duduk : Islah
.
sangat sedih bila 3 orang geng kepochi kami tak dapat hadir. insyaAllah nanti kita jumpa bebile

dari kanan : Faizan, Ikram, Sobri, Asrol, Arif, Muqti dan Naim


ada 6 orang kaum adam yang tak hadir. next reunion insyaAllah.


alhamdulillah. jumpa mereka ni walau sekejap tapi cukup buat penghilang resah di hati. dah lama tak jumpa, bersembang sampai tak ingat nak balik. kalau bagi duit berjuta pun tak dapat nak putar balik kenangan belajar di 5 Gemilang. sungguh indah. ada yang tak boleh nak dekat, ada yang tak boleh nak berpisah. tapi itulah kenangan bila dah masing-masing jauh. semoga jalinan persahabatan ini tetap mekar hingga Syurga.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.