Tuesday 14 August 2012

Siti Khadijah serikandi Islam


Anas berkata “ Jibrail datang menemui Rasullulah. Ketika itu Khadijah berada disisinya. Beliau berkata kepada Khadijah, “Allah mengucapkan salam kedamaian kepada Khadijah.” Maka Khadijah menjawab, “Sesungguhnya Allah adalah kedamaian. Semoga kedamaian, rahmat, dan berkatnya tercurah ke atas Jibrail serta keatasmu.”

SIAPA SITI KHADIJAH?

Beliau dilahirkan pada 15 tahun sebelum tahun gajah. Keturunan yang baik, mulia dan berkedudukan tinggi. Bapanya  Khuwailid bin Asad bin Abd al-uzza, saudara Abdul Manaf. Ibunya Fatimah binti Zaidah. Nenek Khadijah bernama Halah binti Abdul Manaf. Abdul Manaf adalah datuk ketiga kepada Nabi Muhammad. Salasiah Khadijah bertemu dgn salasiah Nabi Muhammad sebelah moyangnya, Qushai bin Kilab.  Wanita mulia ini berkahwin dgn Rasulullah ketika usianya 40 tahun.  Dialah Ummul Mukminin, pendamping pertama Rasulullah, duta muslimah pertama, sahabat wanita pertama dan kekasih yang utama. Subhanallah, pena ini diangkat kerna mengagumi kecintaannya terhadap kekasih agung, kerna merindui inspirasi iman dan ketabahannya. Duhai At-thahirah, sungguh aku mengasihimu. 

Engkau pilihan Allah untuk mendampingi manusia paling agung. Allah memilihmu untuk menjadi isteri, ratu hati, pendokong, penasihat, serta pendamping utama Rasulullah. Engkau satu-satunya yang hadir menyaksikan waktu  wahyu pertama diturunkan. Kala nabi diangkat menjadi rasul dan pada awal turunnya al-Quran, tetap kau yang ada di situ.  Ramai yang sudah arif akan kisah pernikahannya dengan Rasulullah S.A.W.  Sebelum berkahwin dengan Nabi Muhammad, Siti Khadijah berkahwin dengan Abu Halah bin Zararah bin Nabasy at-Tamimi. Abu Halah meninggal dunia dgn mewariskan harta yang banyak.  Masa berselang, beliau bernikah pula dgn Atiq bin Aidz al-Makhzumi. Namun Atiq juga dijemput Allah selepas itu. Ramai yang melamar wanita mulia ini selepas kematian suaminya, namun Khadijah menolaknya. Rupanya, Allah sedang mengaturkan pernikahan yang paling agung bersama insan mulia pesuruh Allah. 

Khadijah hidup dalam pelukan kedamaian di sisi Nabi Muhammad sebelum turunnya wahyu. Apabila bermula zaman kenabian Nabi Muhammad, beliau turut sama memikul beban penderitaan dalam menempuh jalan dakwah. Kemudian, ada ketikanya Rasulullah suka berkhalwat . Jika insan biasa, sudah tentu dihalang kerana perasaan semulajadi wanita yang tidak ingin berpisah lama dangan si suami tercinta. Namun, Khadijah memang berbeza, dia malah merelakan pemergian suaminya dengan rela hati bahkan beliau yang mendorong Rasulullah supaya berkhalwat untuk mencari kebenaran.
Sungguh, aku makin meminatimu. Engkau yang memiliki kecerdasan, kebesaran jiwa, dan hati yang mulia. Engkau yang menyiapkan keperluan Rasulullah tika baginda beribadah di Gua Hira, engkau yang mendampingi Rasulullah saat baginda dikecam musuh Allah, engkau yang mengorbankan masa dan harta untuk bersama Rasulullah. Sungguh mulia dirimu wahai ummul mukminin.  Engkau ibu kepada putera-puteri Islam. 

“Engkau yang pertama beriman,
Engkau yang pertama percaya,
Engkau yang pertama solat bersama Rasulullah sebelum solat 5 waktu diwajibkan”

Tidak terkira banyaknya bantuan dari Khadijah untuk suami tercinta. Serangan orang-orang Quraisy  yang tidak pernah jemu menganggu dakwah Rasulullah. Khadijah yang menghapuskan segala kesedihan dan kegundahan di hati Rasulullah sehingga baginda menemui ketenangan dalam diri Khadijah.  Lihat bagaimana tabahnya wanita mulia ini ketika terjadinya pemboikotan di kawasan Syib apabila tempat itu dikepung selama 3 tahun, dugaan dalam bentuk kelaparan dan keletihan tetap ditangani dengan sabar walau usia beliau mencapai 60 tahun. 

Wajar kiranya wanita suci ini mendapat penghargaan oleh Allah dan seluruh umat Islam atas kehebatannya menjadi pendorong kepada Nabi Muhammad.  Wajar kiranya jika engkau menduduki tempat di dalam hati ini. Bagaimana mungkin tidak kami letakkan engkau si penghuni syurga di dalam hati kami sedangkan engkau telah melakukan perkara yang terbaik dalam usaha penyebaran Islam. 

PEMERGIAN KHADIJAH

Bonda para Mukmin dan isteri manusia paling agung berangkat pergi menuju ke sisi Tuhannya. Wanita abadi yang mempersembahkan pertolongan dan kasih sayangnya terhadap Islam.  Tahun wafat Khadijah adalah  tahun yang sangat memeritkan dan menyakitkan bagi kekasih agung, kehilangan dua cinta hati, isteri tercinta dan bapa saudara yang dikasihi Abu Talib.  Khadijah binti Khuwailid pergi setelah panji perjuangan diserahkan kepada puteri Islam yang suci dan dihormati, Fatimah Az-Zahra. 

Ya Khadijah, pergimu dianggap tahun berduka bagi Rasulullah
Tetapi Allah menetapkan pemergianmu setelah Allah meneguhkan dakwah suamimu
Engkau wanita terbesar berangkat
Setelah berkongsi kesedihan dan kesulitan yang berat
Hilanglah segala penat yang menyinggah
Hilanglah segala sakit yang menyerang
Engkau wanita terbesar berangkat
Dengan tangis Rasulullah
Kerna engkau yang dicintainya
Beruntungnya dirimu wahai mawar agama
Rasul memilihmu kerana dirimu pilihan Allah
Engkau memberikan Rasulullah saat yang lain tidak mahu memberikan
Engkau menolong Rasulullah saat yang lain meminggirkan
Engkau membenarkan Rasulullah saat yang lain mendustainya
Engkau melimpahkan kasih sayangnya saat yang lain membencinya

Khadijah, perempuan lurus yang dipilih Allah. Kini Khadijah sudah pergi. Malah sejak pemergiannya, ia sudah berabad lamanya. Kita tidak pernah menemuinya, malah  tidak pernah mendengar untaian bicaranya,  jua tidak pernah menatap wajah kasihnya namun kita tahu dalam sejarah Islam pernah hadir seorang wanita pilihan Allah yang paling mulia. Dia dikuburkan di Ma’ala. Khadijah meninggal dunia pada usia 65 tahun, tiga tahun sebelum hijrah, sebelum peristiwa Isra Mikraj, sebelum turunnya perintah solat lima waktu, iaitu pada 11 Ramadhan, selepas Bani Hasyim bebas dari pemulauan kaum Quraisy.
Khadijah meninggal dunia setelah menunaikan tugasnya mendampingi RAsulullah, menyokong, menyelimuti, membenar dan merperteguhkan perjuangan Rasulullah.

Rasulullah berkata yang bermaksud “Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku dikala orang lain mengingkariku, dia membenarkan di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku dikala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan-perempuan lain(isteri-isteriku)

Pena ini diangkat kerna aku mengagumi dan mencintai wanita mulia ini, dan alangkah ruginya jika hanya aku yang merasakan kecintaan ini tanpa menyeru sahabat-sahabatku juga untuk merinduinya.  Sungguh dia insan mulia yang layak dijadikan idola untuk kita duhai muslimah kecintaan Allah. Moga ianya bermanfaat dan Allah meredhai tulisan ini. Jika mahu ditulis riwayat hidup, kisah pengorbanan, dan bakti perjuangannya, sudah tentu penat untuk kita membacanya. tidak rugi untuk membaca sirah Islam. Ianya suatu ketenangan. 

Untuk Dia
Yang sentiasa memberi ilham.
Terima kasih Allah.
24 Ramadhan 1433



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Ramadhan dan result...



 Assalamualaikum..

Allah S.W.T berfirman : “Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang  sebaik-baiknya  (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).” Surah At-Tin 4

Cuba kita perhatikan langit dengan kebesarannya, matahari dengan gemerlapan sinarnya, bintang dengan keindahan cahayanya, planet dengan  kecantikannya, sang bulan dengan pancaran cahayanya, dan angkasaraya yang luas tidak terhingga. 

Cuba pula perhatikan bagaimana bumi dihamparkan, dan darinya keluar  air dan rerumputan, dan gunung-ganang serta bukit-bukau yang dipasakkan dengan kukuhnya.  Renungkan berbagai lautan dan sungai, di malam hari, di siang hari. Renungkan awan yang sentiasa bergerak tidak pernah berhenti. Renungkan burung yang berkicau, haiwan yang melata, tumbuhan yang hidup segar, keindahan yang tidak pernah berhenti dan kesenangan yang tidak pernah putus.

Perhatikan pula manusia, dengan keindahan susuk tubuhnya, beraneka ragam jenisnya, pelbagai bahasa dan loghatnya dan sungguh Allah telah memperindah semua ciptaannya dan ianya adalah sebaik-baik bentuk. 

Adakah masih ada rasa sedih dalam diri melihat ciptaan ini? 

Alhamdulillah wasyukurrillah. Peluang mengecap hidup dan berdiri atas nikmat  Iman dan Islam sudah cukup besar buat kita.  Untuk yang kesekian kalinya, result  for last semester dah pun memunculkan diri. Dan ohoi hoi, result  tidak rasmi dikeluarkan selang beberapa hari sebelum Ramadhan menjelma.  Dan seperti lazimnya saat result dikeluarkan, pelbagai reaksi dapat gua  tonton. Ada keluh kesah yang kedengaran. Ada esak tangis gembira. Ada yang tidak dapat diungkap makna  senyum di wajah.

Namun bicara pasrah seorang sahabat  mengusik hati, ada hikmahnya result kali ni sebelum Ramadhan jika tidak kita terpaksa berpura-pura untuk beribadat kerana mengharapkan untuk mendapat keputusan yang baik. Ya, ada benarnya kata-kata beliau itu. Malah ramai yang bersetuju.  Anda ada betulnya.  Jadi jika result belum dikeluarkan sebelum Ramadhan adakah itu tandanya kepuraan amal kita. Lantas bagaimana nawaitu kita untuk Ramadhan sebenarnya?  Anda fikir sendiri. Ramadhan pun dah semakin di penghujung.

Pakk pakk pakk  tepuk tangan. Tahniah untuk member-member yang awesome  atas result yang gempak. aku bagaimana? Alhamdulillah. Ianya di luar dugaan. Malah it’s beyond my expextation.  Baru sekejap aku belajar untuk menuntut ilmu kerana Allah, ini penghargaan yang Allah kurniakan.

Lantas ada yang bertanya, “hai tak kan la baru nak belajar kerana Allah bai. Aku dah lama dah tahu rahsia ni. Kau yang macam ni tak kan baru nak belajar kerana Allah kot.” 

senyum manja.

Bagiku tiada erti sekiranya hanya bibir yang membicarakan belajar kerana Allah. Malah di musim peperiksaan ayat itulah yang terngiang-ngiang di kalangan kita. Jadi kiranya,  kita semua belajar kerana Allah lah kan?  Jadi mengapa hasilnya berbeza-beza? Persoalan.

Buat sahabat-sahabat  yang kecewa dgn result anda, just remember one thing, sehebat dan sebijak manapun kita , ada DIA yang lebih hebat dan ada DIA yang lebih bijak. Semuanya atas aturannya. Tidak akan berlaku sesuatu tanpa izinnya. Namun bagi pendapat gua yg sudah makan asam garam ini, sudah pasti jika melibatkan pelajaran ianya tetap bergantung pada usaha kita.

 You get what you give. Halamak. Ada kaitan ke?, Anda nak result yang gempak maka lihat usaha anda adakah segempak cita-cita anda?  Anda nak result yang meletup maka lihat adakah tahajud anda meletup juga. Belajar is one thing. But please don’t leave Allah behind.  Please bergantung harap dengan Allah. Sedih Allah bila kita buat tak tahu dengan dia. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal 

‘’JANGAN BERPUTUS ASA
KERANA PUTUS ASA ADALAH KEINGKARAN
BARANGKALI SAJA DALAM WAKTU YANG DEKAT
ALLAH AKAN MEMBERIKAN KELAPANGAN”

 Wassalam.



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Tuesday 17 July 2012

Girlfriends

Assalamualaikum..

Ramadhan is around the corner.. tak sabar? ya. memang tak sabar. satu-satunya bulan yang Allah turunkan berjuta juta jutaaa Rahmat dan Nikmat di dalamnya. satu-satunya bulan yang menggamit nostalgia dan kerinduan. satu-satunya bulan yang memberi ganjaran yang berlipat kali ganda untuk umat manusia yang menghargainya. bagiku, tahun ini tahun pertama. menyambut Ramadhan dengan dimensi diri yang baru. moga dipermudahkan segalanya.

well, before start cuti yang betul-betul cuti hari tu, I do plan with my friends to snap a picture as a memories to us since next semester we will be apart from each other’s.


Plan yang kelam kabut dan mengharu-birukan since one of our member need to go back immediately after finishing ELSP class. haa.. sudah. barulah kelam kabut ehhe.. plan asal dari tuan punya kereta waja "jom kita gi taman botani nak" maka saya yang excited "eh, jom jom" then bila meeting ngan semua ahli, alamak! kena tukar plan sebab memasing nak cepat sebab nak balik kampung. padan muka buat plan last minute. booo.. tapi selaku photographer tak bertauliah tak berputus asa untuk mengabadikan sisa kenangan kami. kerna ianya cukup bermakna. pertemuan kami bersebab. mulanya dengan tangisan. mulanya dengan rungutan. pahit diawalnya tapi bila dikenang ianya salah satu yang termanis dalam hidup kami. harap korang semua terus kuat.kita kan wonder girls. kan kan.. ehhe..

ada cerita di sebalik persahabatan kami :)
pandai mengusha depa nih.. ahha..
kekadang senyum kami menyembunyikan rahsia hati

tabik! kami sayang USIM..
kuch kuch hota hai betul la depa nih..
sahabat yang baik mengingatkan kita kepada ALLAH




senyum penawar kami yang paling indah :)

malu-malu pulak dia cis

sahabat, bukan senang kita nak melaluinya tapi kita dah buktikan kita berjaya menghadapinya. tahniah dan jangan lupa yang kita pernah bersama. pernah makan, main dan solat bersama. pernah berdebat soal kahwin bersama. oopss. pernah bergaduh bertengkar bersama. pernah merajuk kecik hati bersama. pernah gembira bersama. jangan lupa. jangan! hehe sem 2 kita dah lalui dengan jayanya. good luck for your sem 3. aja aja fighting.. 



you are awesome girls. sila jaga diri anda masing-masing. ingat kita ada amanah. saudara-saudara kita di sana belum dapat pembelaan.itu tugas dan tanggungjawab kita. isi masa mudamu sahabatku. ayuh.

wassalam...



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 9 July 2012

Walimatulurus Selamat datang ke dunia baru

Assalamualaikum..

Dah baca Quran wahai anda yang kacak bergaya dan cantik molek?

Dah? Good. Andalah insan paling hensem dan cute hari ini.

“And thus have we revealed to you an Arabic Quran, that you may warn the mother city and those around it, and that you may give warning of the day of gathering together wherein is no doubt : a party shall be in the garden and (another) party in the burning fire”  Ash-Shura 7

Ayat ini cukup pendek dan padat tapi mesej yang terkandung di dalamnya cukup berbisa dan menyentakkan dada.  Eh tak ke? 

Err ehemm

Post ini ditulis khas dari saya buat sahabat  saya yang telah selamat melangsungkan perkahwinan 8 Julai hari tu. Kelepakk kelepakk keleboom keleboom.  

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud  “Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana” Riwayat Ibnu Majah

Jemputannya saya terima menerusi facebook.  Hampir menitis air mata kerana terkejut dan gembira. Wah, seemosi itukah kamu? Angguk. Jawapannya ya! Jangan ober boleh tak minah. Eh, tahukah kamu di saat 2 insan telah selamat menikah, maka menangislah Syaitan kerana telah hilang kesempatan untuk menggoda mereka untuk melakukan maksiat dan zina. Itu adalah satu kemenangan bagi mereka.  Perkahwinan adalah sesuatu yang luar biasa. Luar biasanya ia bila dilandaskan kepada syariat Islam.  

Saya masih ingat saat bersamanya ketika zaman Tamhidi. Dialah yang menemani saya melalui   detik-detik kesukaran waktu itu. Kesukaran apa? Biarlah Allah saja yang tahu kerana takdirnya adalah yang terbaik jika kita redha. Tapi Allah ada perancangan berbeza, Dia memisahkan kami dan itulah yang terbaik untuk saya juga. Terngiang ngiang lagi di telinga ini, khabarnya ingin melangsungkan perkahwinan namun bicara itu tidak saya pandang endah.

Sungguh! Allah itu Maha Besar. Dia pasti menolong niat suci hambanya yang ingin mendirikan sebuah mahligai yang jauh dari kemaksiatan dan peluang untuk mendapat redhanya.  Adakah dengan cara kahwin saja akan dapat redha dariNYA? Tidak. Tapi itu adalah salah satu cara kerana  di alam perkahwinan terdapat banyak peluang untuk kita mengutip banyak pahala. Terutama untuk kita para wanita solehah.

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. "Al-furqan 74

Setiap orang yang normal mengimpikan untuk berkahwin dan ada pasangan hidup masing-masing. 

Di dalam al-Quran, kriteria pasangan sudah disebutkan dengan jelas. Yakni ada tiga kriteria utama selain faktor solehah dan beriman. Disebutkan dengan jelas dalam Surah al-Rum ayat ke-21, firman Allah 

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ

 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir”

Faktor pertama adalah Sakinah ertinya tenteram. Dengan kata lain, perkahwinan itu menghadirkan rasa aman damai dalam diri keduanya. Saling bertolak ansur. Saling memahami walau mungkin pasangan itu berbeza pendapat dan fikiran. 

Faktor kedua adalah  Mawaddah.  Mawaddah ertinya kelapangan dan kekosongan hati. Ibnu Abbas r.a. menafsirkan Mawaddah adalah cinta seorang lelaki yakni seorang yang bergelar suami terhadap isterinya. suatu percintaan yang mencetuskan rasa tenteram dan tenang dalam hati-hati setiap pasangan yang telah berkahwin. Kata M.Quraish Shihab, jika mencintai dan mengkehendaki sesama pasangan sesuatu yang baik dalam hubungan,  sesuatu yang boleh menimbulkan cinta dan kasih pula pada Allah, maknanya Mawaddah telah menghiasi hati.

Malah, ia lebih dari sekadar cinta malah melengkapi antara satu sama lain.. Kelebihan pasangan menutup kelemahan pasangan. Malah, dari Mawaddah jugalah terhasilnya Sakinah pada pandangan M.Quraish Shihab. Inilah hikmah sebuah perkahwinan. Pasangan yang dibina bersama rasa Mawaddah dan Sakinah menjadi hiburan hikmah untuk sesuatu perkahwinan. Suamilah penghibur, isterilah penenang dan saling bergiliran watak antara keduanya

Ketiga, faktor Rahmah. Ibnu Abbas menafsirkan al-Rahmah sebagai kasih sayang suami terhadap isterinya, yakni ketika isterinya ditimpa kesusahan, keburukan dan kesukaran. Namun difahami di sini, al-Rahmah bukan rasa simpati, tetapi tercetus dari kelembutan hati yang paling dalam, rasa yang terus-menerus ada dalam hati terhadap pasangan lawannya, kehalusan budi pekerti dan kemuliaan tingkah laku. Maknanya, Rahmah adalah rasa yang tumbuh untuk melayan suami atau isteri dengan sebaik-baik layanan. Kesemua rasa itu ikhlas lahir dari hati sanubari.

Berkahwin kerana cinta? 

Masa yang beredar menyebabkan cinta juga pudar dan layu. Cinta juga menjadi tua. Inilah kerana tidak ada faktor al-Rahmah. Cinta atas dasar batang tubuh cinta semata-mata akan memudar dan terus melayu. Tetapi cinta atas dasar cintakan Allah lalu cintakan pasangan, akan terus menerus bersambungan dan menjadi lebih kukuh hingga ke akhir hayat. Inilah cinta al-Rahmah. Bukan cinta biasa. Cinta yang damai, tenang dan tenteram tidak mampu diraih dengan level cinta biasa-biasa. Itu cinta high class.

Takkan rasa nak kahwin terus kahwin tak payah kenal-kenal dulu?
Erk . jawapannya Islam itu mudah. Jangan ingat Islam menyekat semua keinginan kita.  Fitrah ingin berkahwin pun hadirnya dari Allah. Jadi tidak salah untuk kenal dengan pasangan kita itu. Kalau tak kenal macam mana nak kahwin, entah-entah dia perompak bersiri. Aiyook. Tapi niatnya harus untuk berkahwin. Dan disegerakan. Janganlah pulak berkenalan sampai 6-7 tahun. Itu bukan proses taaruf dah tu. Kenal dan tak boleh rasa cinta? Eh, tipulah kalau rasa cinta tu tak hadir. Ingat kenal dengan batang kayu ke apa.  sebab itu segerakan urusan pernikahan. Jangan nak declare  I lab you, you lab I sebelum itu. Jangan letak tanda nama you ‘bf’ I. I ‘gf’ you. Ehemm ‘gf’ disini bukan bermaksud girafah. 

Caranya datang ke rumah keluarga orang  yang anda berkenan dan jumpa walinya. Cerita dan minta izin untuk ikat anak daranya.  Tak payah main cop-cop dengan si dia, bagi cincin berlian segala bagai. Cop terus dari walinya dan ikat janji dengan ayahnya. Senang ke susah, takut dengan ayah dia? Eh awak berani main-main dengan anak dara orang tak takut Allah kah.

Habis, contact dengan dia macam mana pulak? 

Untuk urusan pernikahan tiada masalah. Kata Fatimah syarha, bincang keadaan selepas kahwin juga tiada masalah.komunikasi itu penting antara keduanya. Syaratnya, kamu sudah mahu melangkah ke alam pernikahan. kalau tak tahu kahwinnya bila tak payah cakaplah. Bagi saya, erm urm ketuk kepala dulu. Dussh..  setkan dalam minda nak cakap puas-puas lepas kahwin. Bebas dari godaan syaitan dan berpahala. Eyyeww. 

Macam mana cinta sebelum kahwin yang terbaik?

Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada diluah atau dalam diam, menyebabkan cinta kita kepada Allah makin bertambah. Makin rajin kita bangun tahajjud malam. Makin rajin kita baiki diri. Makin rajin kita istikharah. Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada Allah. Makin kita rasa bersyukur pada Allah. Ingat dia, ingat DIA. Tapi lebih ingat DIA dari dia.

Bila kita kata "cinta ini kerana Allah", maka memang patut cinta kepada Allah kita tambahkan lagi. Tapi, jika "cinta kerana tidak ada sebab selain aku dah jatuh cinta padamu" yg sebenarnya kita dah tenggelam dgn nafsu dan kemahuan hati semata-mata. Sebab kita mula hanya nampak dia, dan kita akhirnya lupakan DIA.

Yakinlah kamu dan kamu bahawa hati yang beragama akan melahirkan wajah yang beragama dan ianya juga akan memancarkan sinar agama. Berkahwinlah kamu untuk mendapat redhaNya. Berkahwinlah kamu tanpa menempuh jalan-jalan yang penuh dosa dan noda. Berkahwinlah kamu untuk melahirkan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah bakal penyambung perjuangan agama. Berkahwinlah kerana rasa cinta kamu kepada syariat Allah.

Suka quote ni “JODOHMU ADA DI TAHAJUDMU”

Ya. Sesiapa yang malamnya diisi dengan bercumbu rayu dengan Allah, pasti Allah akan hadirkan pasangan untuknya sebegitu jua. bersangka baiklah dengan Allah. Semoga “kita” juga begitu. :) 

 “Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula” An Nur 26

till then, wassalam~~



currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.