Tuesday 15 January 2013

Hidup dan Kesungguhan



Assalamualaikum..

Kita hidup bukan semata-mata untuk hidup. Bukan semata-mata untuk berkahwin. Bukan semata-mata untuk berbahagia dan berkasih sayang. Kita hidup kerana Allah tentukan perjalanan mengutip pengalaman pahit manis mencari redhanya itu lebih manis. Dan perkahwinan hanya salah satu proses meniti kehidupan.  Bercinta juga bukan fasa utama kehidupan tetapi mencintai orang lain akan menjadikan kehidupan ini lebih baik dan bermakna. Jangan jadikan Islam semata-mata untuk cinta dan perkahwinan. 

Indah bukan jika kita mempersembahkan kehidupan ini dengan kesungguhan mencari redha Allah. Bersungguh-sungguh meninggalkan maksiat. Bersungguh-sungguh merebut peluang kebaikan. Allah memandang setiap usaha itu. Bukan bermakna tidak berakhir dengan sesuatu yang positif bermakna kita telah gagal namun itu hanya sekadar ujian Allah untuk memberi peringatan yang jalan menuju kebaikan ini hanyalah bagi orang yang benar-benar berusaha dan optimis akan ada bahagia di hujungnya.

Dosa itu bukan sesuatu yang aneh. Kita manusia, iman yang sentiasa akan naik dan turun . kita bukan malaikat bukan jua para nabi. Dan dunia yang sedang kita berpijak ini, bukan semua orang buat baik dan bukan semua orang suka untuk buat baik. Kita bertaubat dan kembali jatuh bergelumang dosa. Bangkit lagi memohon doa Allah untuk diampuni kemudian jatuh lagi. Sehingga hati berdetik adakah aku dilahirkan untuk berbuat dosa. Maka mula rasa putus asa menjelma sedangkan alangkah indahnya kesungguhan yang dipamerkan untuk tatapan Allah yang merindui lafaz taubat kita.

Bukankah indah jika kita tidak berhenti. Itulah hidup kita. Untuk mempersembahkan kesungguhan mencari rahmat Allah. Allah bukan zalim. Dia Maha Penyayang. Jika kita mahu menguji mana letaknya cinta Allah untuk kita, cuba kaji dan lihat mana duduknya cinta Allah di hati kita. Dia memandang usaha. Dia memandang kesungguhan.

Rasa penyesalan untuk bertaubat sebenarnya satu anugerah daripada Allah. Beruntunglah kita menjadi orang yang diseru untuk kembali. Ada manusia lain, rasa nak bertaubat pun tiada. Mari kita persembahkan yang terbaik untuk Allah. Segala usaha, doa, cara, harapan dan tawakal. Mari lakukan segalanya untuk Allah.  Selamat menyebarkan kebaikan dan mawaddah  ^^

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

2013 PROPER GREETINGS



Assalamualaikum ..

15 Jan 2013. Oh GOD. Still in January. How I wish I can update earlier about this. Happy new year. Happy 2013. Selamat tahun baru. Happy happy. Are you happy? I am happy. Hope you so. I just finished my last paper a few days ago. Bahagianya dapat cuti. Lihatlah dunia. 

Tak sempat nak listkan azam 2013 sebab busy focus on my final. Sangat busy sampai nak pitam. Sampai aku rasa life apekah ini, tak interesting langsung. So I just let 2013 came in while open the Malaysian Economic book dan telinga berdarah dengar jiran india sebelah blok duk main mercun pongpang pongpang. So, how’s my 2012 ended. still wanna talking about 2012. *mintak ampun*  I just feel that when I grow up and older, I can still looking at the past while reading this. 

2012 really taught me a lot. How to be more matured. How to appreciate our love ones. How I wiped the tears calmly. And how I learn to love my family well. I really love 2012. Tahun yang melengkapkan usia aku menjadi 20. Tahun di mana aku berjanji yang aku akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. Dan Dia menjadi saksi. Air mata yang mengalir kerana sebuah perubahan dan pengorbanan. Perubahan dari titik yang lama. Berazam untuk memulakan hidup yang baru dengan restu mak dan kakak tercinta. Dan kata-kata sinis yang menyapa, sumpah telah aku telan dan jadikan azimat berharga.

It’s happen during 2012. Someone yang I let my feeling grow towards that person  told me about Solehah and a true muslimah. My heart beats so much. That’s the first stage how I open my heart to see this world more wide. And soon I told my naqibah about that and she called me. When I looked at the past, it’s such a really precious moment to me. Talking to her while wiped the tears.
True what she said. “change yourself when you’re ready and not because the other person’. 

Berubah kerana Allah yang membuka mata hati kita. Nanti biarkan orang yang mengejek dan menghina kerana itu salah satu jalan Allah menguji. Yup. Allah hantar mereka berdua untuk merubah pemikiran sempit ini dan untuk mengajar diri ini supaya melihat betapa besarnya dunia ini.

List bestfriend “my besties” juga bertambah di 2012. I know a lot of people and learn from different types of person. That feeling is great. It’s not an easy to enter my heart and became the list in my besties. But I’m glad to say that many people succeeded to open my heart. Mereka yang masuk dalam senarai nama-nama yang disebut dalam doa. Mereka yang akan aku ingat kerana kebaikan memberikan gelak ketawa di saat aku bertapa dalam tangisan. Thanks to you, you and you. I Keep it as a secret as long as Allah knows who is it. Enough.

Manis akan hilang. Pahit juga akan dikenang. Itulah kenangan. Selamat tinggal memori 2012. Selamat tinggal masa lalu yang indah. Selamat tinggal usia 20. Moga benarlah apa yang dikatakan, Allah tidak memandang betapa banyak usiamu tetapi sejauh manakah kamu berusaha untuk melengkapkan masa mu itu dengan sesuatu yang berharga.

P/s: Alhamdulillah. Azam tercapai dengan izin Allah. Dan ada azam yang lebih besar dari itu. Doakan! 




SELAMAT TAHUN BARU 2013 MOGA TERUS JADI MUSLIM BERJAYA MENUJU MARDATILLAH

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Wednesday 26 December 2012

She..

a big hugs for u darling. congratulation. you deserve it.


visit her blog at hajaramir.blogspot


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Friday 21 December 2012

Final exam is coming




Assalamualaikum.. 

dengan muka yang senyum meriah dan semangat yang membara tinggi

Holla hollaa..

Dari saat diri terpaku di depan lappy kesayangan ni, maknanya genap sehari semalaman jadi musang berjanggut ditengah malam. Happy benor  terasa hidup bila tak payah tidur lepas tu terus pergi kelas untuk hari terakhir di sem 3. Memang meriah. Semalaman  tak payah tidur. Memang indah. 

Kengkadang bila terlalu penat dan stress melampau, tak tau apa yang aku boleh buat. Contoh beberapa hari yang lalu, rasa diri tak tahu apa benda nak buat,  Lepas tu amik quran mengaji. Buka surah ALI-IMRAN, tengok tafsiran yang paling TOUCHING dalam hidup sebab kena dengan diri yang terasa semakin jauh denganNya.  memang hujan mengalir membasahi hati. But I need someone to let go my feeling, so I send a message to  my bestfriend. She told me that I need to be strong. Keep praying.  Of course I do. But still  feeling yang tetiba kita terasa macam ada benda tak complete dan hati berdebar tak menentu. Lepas tu macam ada benda yang kita buat salah tapi takda pun sebenarnya. Rasa serba salah hati tak tenang. Yes. That feeling. Masih tak hilang.

 So apa yang saya buat buat, ambik telefon dan dail number mak. . It’s really amazing!  perasaan tak menentu yang hilang bila dengar suara mak, it’s the best feeling. Hear her voice and I make some jokes, then she laughs. Oh Tuhan. It’s disappeared. My depressed is GONE. Caps lock GONE.

How beauty it is. Just glad to have a mom and felt sorry towards my friends who did’nt have mom. So the lessons that I learn, if u have mom no matter you’re a boy or girl, just love your mother and show it. You miss her? Dia lagi lah.

Hari ni adalah hari last kami di Sem 3. Sem ni terasa macam feeling lelebih bukan lelabah bila kemain bergambor dengan lecturer dan ustaz-ustaz kami di hari last.  Terima kasih atas ilmu. Maaf kalo anak murid yang ni suka main-main dalam kelas.

bersama Madam Ifa Rizad. Subjek business accounting
Madam Norziah yang sgt sporting dan keibuan. Subjek Business math
Ustaz baharudin kegemaran ramai. Usul fiqh. 
Ustaz Zainuddin. Subjek Tarikh al- Tashriq
Madam Rosmah. Organizational behaviour

kami tak sempat nak buat last kelas dengan madam jadi ini gambar entah berapa bulan yang lalu. tapi nak masuk jugak


Madam Hartini. Malaysian economy.
Madam Azlina yang ajar Business Statistic. baik giler. sungguh

Jadi tugas anda yang baca adalah cari di setiap gambar mana lecturer dan mana anak murid. 
 hope to see u again. please pray for me and my friends for our final.

wassalam..


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.