Wednesday 25 December 2013

Malam kasih bersemi | Corporate Grand Gala Night


Assalamualaikum..

Alhamdulillah despite of having all the difficulties, I have managed to end this semester successfully. Thanks to Allah The only Merciful and The Greatest One.  And what we did right now is study all the time until the final exam. Just in case I got boring and watching Running man. Miahaha..

So how did we end this semester? Oh God ! Tuhan saja yang tahu apa yang berlaku sebelum study week period. All the pain and tears was coming out. Perrghh hiperbola sangat ayat ko bedah.

Pada suatu hari, datang satu perintah untuk segerombolan sahabat yang diarahkan untuk menganjurkan satu majlis besar besaran buat semua rakyat BCAR GENERATION sebut  bachelor of corporat admin and relation. Sebelum ni sahabat sahabat ni tahu akan ada satu majlis GRAND DINNER yang akan diadakan pada setiap tahun yang akan dihadiri oleh semua rakyat jelata dari adik bongsu kepada kakak sulung BCAR namun tidaklah pula menyangka yang tugas berat ini akan ditimpa ke atas bahu mereka.

Maka relek relek sajalah membayangkan diri akan memakai gaun dan suit yang anggun lagi kacak bergaya pada malam tersebut. Nah sekali disebut nama nama itu gulp !  dan of course dinner ini kami harus buat sehabis baik kerana matlamat utama adalah untuk meraikan senior kami yang akan menghabiskan semester terakhir di bumi USIM sebelum melangkah keluar ke dunia industri. Tahun ini kami meraikan tahun depan kami diraikan. Oh tua sudah ! batuk.  Maka golongan yang terpilih ini mulalah merangka dan menyedut segala maklumat dan info dan menyusun ahli jawatankuasa and here we goes. CORPORATE GRAND GALA NIGHT ! wiwiwi..

A big clap to the AJKs. They did a really good job. Indeed. Perjalanan mengharungi majlis ini memang terlalu lama dan banyak bagi aku dan sahabat sahabat yang lain. Walaupun orang kata alah organize dinner aja. Organize dinner aja? Wah dinner aja.. better do it on your own and feel how the process was before saying anything. The end.

Apa yang aku nak ceritakan di sini bukan sekadar bermegah dengan berjayanya menganjurkan GRAND DINNER yang besar malah aku nak sharing yang sekarang aku tahu kenapa Allah pilih aku untuk berada dalam organisasi ini. Wah sweet gituww. *muntah*

3 minggu. Kami diberi masa merancang segala galanya. It was so kelam kabut. Here and there yet we  has so many thing that need to settle. Aku sekretari ajee. Tulah aku kata banyak gila havoc yang jadi. Banyak gila.  Apalah nasib program ini dapat sekretari nanar macam haku. Sampai pada suatu hari aku diserang migrain sampai muntah muntah. Nah dek, ni hakak kau buat program untuk kau sampai macam ni tapi kau.. herrghh tergamaknya kauu. *okey done acting*

Too many incident and to many mistakes but we manage to handle it properly and till the last day preparing, everyone was so tired and didn’t get enough sleep. I was so sympathyze towards them. Reason sebab kesian sangat tuu adalah kerana sekretari punya kerja dah tak tahu nak buat kerja apa last last minute macam tu sebab kita punya kerja dah siap semua. Jadi sampai petang sebelum majlis tu pun bantai ternganga tidur even orang lain nak tercabut nafas bahahaha.. ops !  

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Again alhamdulillah. Majlis was going smooth. Of course we are so afraid, sebab kami yang hina lagi dina ni bimbang akan merosakkan majlis but wooww unexpectedly majlis sangat berjalan lancar. Alah biasalah mistake satu dua, benda dah tak boleh nak elak.. well human cant be perfect everytime. yang kami raikan, our seniorita sangat berpuas hati dan terharu sebab mereka rasa malam itu adalah malam mereka. Dan kami pulak rasa nak terbaring tergolek keseronokan sebab matlamat nak buat mereka rasa tacink sampai tanak balik berjaya  [over sangat buat ayat] Syukur Allah. Allah permudahkan urusan kami. Dia lancarkan majlis kami. Syukur.

Tapi sesungguhnya apa yang aku nak cakap kat sini tak pernah lah aku jumpa makanan sesedap pastuu aku takda selera nak makan. Tapi malam tu errghh sampai sekarang terngigau lagi. Teringat ingat terbayang bayang makanan makanan tu terbang depan mata huuaaa.. its happen because the AJKs want the majlis to be perfect. Lantas selera hilang melayang layang. Mungkin sebab malam tu we was so kalut. Lari sana. Terkejar sini. Fuhh.

Dan itulah yang aku rasa happy sehingga sekarang ni, even kami penat letih stress lapar tapi bila tengok mereka yang pulang dengan senyuman, wah bahagia sampai ke bintang lols. 

Penat la nak cerita. Penat tau tak. Wah tetibe sangat. Nah. Lets picture do the talking yaww.


Lupa pulak nak kabar. Dinner kami bertempat di Mines Wellness Hotel, Serdang. Sebelah The Mines pujaan ramai. Perrghh scenery kat sana. Subhanallah. Jilat jari. Turun tangga aje Nampak tasik luas terbentang. Kalaulah aku ada gambar boleh tunjuk. Memang cantik kevavoom









Bangga pulak kita bila orang baca teks kita buat. Perasaan sangat.
  


Sorry it was SPAM. Tehee







Homaai. Nak pegi sekali lagi. Nak makan !


Looks at anwar’s face lols










Sayonara seniorita !









Sebenarnya banyak lagi nak story dan banyak lagi gambar nak dikongsi tapi malam makin larut dan diri semakin mengantuk. Sungguh. Banyaknya pengalaman yang aku dapat walaupun some people said DINNER AJE. Senyum. Mohon kengkawan dan readers yang mulia sekalian kalau adalah  doakan kejayaan aku dalam final exam ni. Tak banyak semester dah tinggal. Just a few more. Ttsskk.  Harap sangat dapat lakukan yang terbaik kali ni. Kali ni paper tak banyak Cuma 6 saja tapi semua subjek tough. Thank you for your prayer. Semoga Allah membalas yang baik baik saja untuk kita.

Hey you. Imissu ! 

Wassalam.

currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Saturday 7 December 2013

Terbongkar : Rahsia rasa manis dengan Kekasih hati


Assalamualaikum..

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” Al-Hujuraat 49:13

Selamat berhujung minggu. Kalau tiba hujung minggu, mungkin diri inilah insan yang paling gembira. Mungkin ! fuh dasatt.  Rehatkan diri seketika dari kehulu kehilir, berkejar ke kelas tutorial, berkejar jugak siapkan kerja kerja yang nak kena hantar. Rutin yang biasa kita lalui akan buatkan kita rasa penat. Anda bagaimana? 

Rabu hari tu berpeluang hadiri kelas usrah mingguan. I get my spirit back. Susah. Susah sebenarnya kita nak naikkan semangat balik bila kita tengah serabut. Tapi alhamdulillah, tahap serabut aku takdalah sampai buat kerja tanpa jiwa. Ada insan yang pernah bersama sama aku, kerana terlalu penat menguruskan itu ini, kerja yang harus disudahkan, disiapkan beliau tanpa jiwa (baca semangat). Semoga setiap dari kita, kerjanya diabadikan untuk mendapatkan keredhaan Allah semata. 

Entry hari ni nak berkongsi tazkirah yang disampaikan naqibah hari rabu yang lepas. Sangat kena. Setepek di muka. Setepek di hidung. Dan bertepek tepek di hati. Wahh gitew. 

Ishtigfar membawa rahmat dan keberkatan. 

Membaca dari tajuk sahaja sudah cukup untuk kita menghela nafas yang panjang. Umum tahu ishtigfar adalah satu perkara ter senang ter mudah ter ringkas di dunia. Malah kita juga sering ter babas untuk tidak mengamalkannya. Tapi bila ditanya kelebihannya. Berebut ! rasa tenang, aman dan bahagia. Fullstop. Itu kita. Tapi bagaimana kita mengamalkannya sehingga menjadi satu kebiasaan dan apakah kita tahu fadilat sebenar ishtigfar yang kita nampak mudah di mata kasar. 

Sesungguhnya ishtigfar adalah salah satu tanda yang hati kita masih mengingati Allah. Sering diri diuji dengan kesibukan melampau sehingga ruang 30 saat pun tidak dapat terisi dengan ishtigfar. Masya Allah. Lalainya aku. Alpanya aku. Aku alpa Ya Latif. Terlalu mengejar kesibukan dunia ini sehingga aku mengenepikan kewujudan MU.  Padahal nikmat yang Allah berikan tak termampu aku ucapkan dan itupun aku masih tidak bersyukur. 

Jadi benarlah. Ishtigfar adalah tanda kita merendah diri. Merendah diri yang kita ini kepunyaanNYA. Milik sepenuhnya DIA. Ia adalah kesedaran diri bagi orang yang bertaqwa. Jadi ukurlah tahap ketaqwaan kita dari sekerap mana kita berishtigfar dan berzikir kepada NYA. 

“Dan (Hud) berkata, Wahai kaumku, mohonlah ampunan kepada Tuhanku dan bertaubatlah kepadaNYA nescaya Dia menurunkan hujan yang amat deras, Dia akan menambah kekuatan di atas kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling menjadi seorang yang pendosa” Surah Hud ayat 52

Percayalah. Ishtigfar berupaya sebagai sumber kekuatan ummah. Ini kerana dengan ishtigfar kita akan berjaya membentuk sebuah komuniti masyarakat yang hidup tanpa riak dan takabbur. Sebuah komuniti yang sentiasa meletakkan Allah di tangga teratas. Sentiasa mencari dan merujuk Allah di hati mereka. Dan moga moga juga Allah terima taubat dan ishtigfar kita. 


Tidak dapat tidak, kita harus akui yang peranan paling besar ishtigfar adalah untuk menyucikan hati yang kotor. Kita bukan nabi. Jauh lagi sahabat sahabat nabi. Kita manusia biasa yang sering melakukan dosa. Entah dosa apa yang kita lakukan. Mana mungkin kita tahu. Entah banyak mana terkumpul. Mustahil kita tahu. Itu perkara ghaib. Namun boleh kita hindarkan diri dengan kemurkaan Allah dengan salah satu cara paling mudah iaitu ishtigfar dan zikir. Ia merupakan tembok dari azab Allah malah menghindarkan kita dari bencana serta membentuk peribadi diri supaya menjadi seorang yang kuat dan sentiasa bergantung dengan Allah. 

‘’Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)’’  Al Anfal 33

Beruntunglah sekiranya Allah mengetuk pintu hati kita yang sekian lama leka dengan kesibukan dunia. Kadang kadang kita sendiri tak perasan bila masa Allah mengetuk pintu hati kita. Sungguh. Kita sebenarnya perlukan masa bersendirian untuk kita kembali memikir sampai bila dan setakat mana kita mahu lalai. Kadang kala bila terdetik kenapa diri aku jahat, dan kita rasa kita sedang melakukan dosa. Itu sebenarnya salah satu cara Allah mengetuk pintu hati kita. Subhanallah. Manisnya. Aku mahu bahagia dengan rahmatnya. Moga nanti aku akan tersenyum dengan bahagianya hikmah di uji. 

Ada 3 jenis orang yang beribadah. ada orang yang beribadah kerana takut pada neraka, maka itu adalah ibadah hamba (abid), kerana taatnya hanyalah kerana takut. Dan barangsiapa yg beramal kerana ingin syurga, maka itu ibadahnya ibarat si businessman, kerana dia hanya memikirkan keuntungan. Dan barangsiapa yang beribadah ibarat sang kekasih kerana ingin dekat dengan Allah, itulah orang-orang yang merdeka. Ketiga kelompok ini tetap dimuliakan oleh Allah Swt., namun tentunya yang paling mulia adalah yang beribadah kerana tidak menginginkan apa-apa selain ketaatan dan kasih sayang pada Allah. 

Suweet kan. Sumpah bahagia bila ada perasaan dekat dengan Dia. Rasa Dia tak pernah tinggalkan kita. Rasa Dia akan selalu ada untuk kita. Rasa manis sungguh bilamana kita ingat Dia. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Marilah kita berishtigfar dan berzikir unruk membuktikan perasaan cinta kita kepada Dia. Semoga di akhir nanti akan ada khabar gembira buat hamba hamba yang taat kepada NYA.




currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.

Monday 2 December 2013

Malaysia hari ini : mana hilangnya perikemanusiaan


Assalamualaikum dan selamat pagi dunia..

Mata yang menyaksikan tidak dapat menahan sebak yang bertandang. Telinga yang mendengar tidak dapat membendung kecamuk amarah. Wahai dunia mengapa sebegini rupa lakunya. Mana perikemanusiaan dikalangan kita. Sungguh. Mata berkaca tangan tak berdaya untuk mencoret      apa-apa. Namun perlu digagahkan kudrat dan perasaan yang bersisa demi sebuah kesedaran bersama. Mutakhir ini, acapkali di corong corong radio, di kaca kaca televisyen malah di muka muka akhbar berita tentang kes tembak bunuh rogol dan sebagainya. 

Terbaru, 3 beradik ditemui mati dalam keadaan tak terduga setelah dirogol. Maaf menyebut. Dunia sudah semakin hilang kewarasan. Dunia yang kita hidup hari ini bukan lagi seperti yang kita impikan. Tenang damai dan aman. Dunia hari ini dihuni oleh manusia manusia yang tak terjangka sifatnya. Kes anak luar nikah  yang tidak pernah berkurang saban tahun. Kes penderaan ibu ayah terhadap anak anak mereka. Malah semakin bertambah kes kes rogol yang menyayat hati. Murahnya harga diri wanita di mata mereka. Hancur luluh hati si ibu menerima hakikat yang terlalu perit untuk diterima. 

Tidak dapat tidak berkaca juga air mata mendengar berita berita ini. Ini zaman kita. Begini keadaannya. Sakit. Sakitnya dunia hari ini. 

Jika mahu dirungkai kepada segala persoalan ini, ia akan berbalik kepada permulaan. Keluarga. Ya. Keluargalah tunjang segalanya. Ada yang tersasar di tengah jalanan, namun jika ada keluarga yang menarik tangan itu kembali, tidak mustahil mereka akan tersedar. Tidak dapat dinafikan, institusi keluarga memainkan peranan yang SANGAT PENTING dalam pembentukan diri seorang remaja.

Maka peranan ini bermula setiap dari kita. Jika ibu ayah kita tidak berupaya untuk membimbing adik adik kita, maka kitalah yang berperanan besar mengubah ahli keluarga kita. Yang menjadi pemerhati tingkah laku mereka. Yang menjadi penasihat kepada mereka. Yang menjadi penyelamat saat mereka tersungkur. Ya. Inilah tugas kita jika ibu ayah kita sudah tidak berupaya untuk membimbing adik adik kita.

Namun untuk berjaya membentuk ibu ayah yang hebat saat mendidik anak-anaknya, ianya juga bermula dari kita. Bermula dari diri kita. Bagaimana kita membentuk peribadi muslim yang berjaya lantas mengahwini seorang lelaki yang juga hebat peribadinya untuk membentuk sebuah baitul muslim. Subhanallah. Bilakah masanya kita akan melihat dunia ini dipenuhi dengan baitul muslim. Indahnya anganku.  Sesungguhnya dunia ini akan aman sekiranya setiap dari kita berusaha untuk membina ciri ciri individu muslim yang dicari. Sekiranya semua orang sedar akan hakikat tenangnya diri jika dekat kepadaNYA maka apakah akan ada lagi permasalah ini. Benar. ia tidak semudah yang disangka.

Dunia mutakhir ini adalah dunia yang penuh kekejaman dan tidak berperikemanusiaan. Dunia yang penuh tipu daya dan tohmahan. Begitu pula sebaknya  diri membaca berita yang terjadi di Malaysia yang dikatakan aman damai oleh sesetengah pihak. Apa makna aman itu hanya jika tanpa perang? Sungguh. Bila agama  Islam diletak di tapak kaki. Beginilah akibatnya. Bila manusia semua meletakkan kepentingan dunia lebih dari mengejar ganjaran hari akhirat maka patutlah kita akan melihat kesan kesan yang telah berlaku hari ini. 

Kuatlah mereka. Kuatlah ibu ibu yang kehilangan puteri mereka itu. Kuatlah wahai seluruh manusia yang bencikan kekejaman. Kuatlah semuanya. Aku hanya mampu mengirim doa dari kejauhan agar rahmat dan restu Allah sentiasa mengiringi kalian yang ditimpa musibah. 

Ya Allah, bagaimana zaman anak anak ku nanti. Bagaimana anak anak ku ini ingin menempuh dunia penuh pancaroba ini. Selamat atau tewaskah mereka. Ya Rabbi, lindungi anak-anakku ini dari segala muslihat dan tipu daya dunia. Masihkah bernyawa aku untuk menjaga dan melihat mereka membesar dengan penuh jati diri dan berakhlak mulia. Masih kah ada sisa hidup ku untuk melihat mereka menjadi manusia harapan agama. Kerap aku berfikir, mungkinkah aku akan menghabiskan sisa hidup ini dengan melihat mereka membesar dengan sebaiknya. Oh Tuhan *usap dada* 

Duhai anak anak ku yang masih mentah menilai dunia, ingatlah pesan daku seorang ibu yang hanya berpangkat moknaa. Hanya Tuhan tahu betapa moknaa mahu melihat kalian membesar menjadi si soleh dan solehah. Dan moknaa akan ada untuk kalian, selagi Tuhan masih pinjamkan nyawa untuk moknaa melihat kalian membesar. Maka membesarlah mengikut aturan yang di tetapkan syariat. Pasti selamat hidupmu anak. Jika lelah tersungkur di dunia ini dan tiada yang menerimamu, datanglah padaku. 

Moknaa ada. Selamanya.

Wassalam.


currently I'm keeping an eye on one person, but I'm not a nutty as a fruitcake. saranghae.